UntOngLAAAAA....

About my lifestyle include parenting session. Also include working life and my family activity...

Leaderboard

Baby Berenang di Little Spa Kingdom

A'sim Berenang di Little Spa Kingdom

Assalamualaikum,

Hujung minggu saja nak bawak A'sim cuba belajar berenang lepas A'sim dah cukup umur 3 Bulan... Wife yang bgi idea bawa A'sim cuba pergi tempat baby berenang sebab tengok dia seronok sangat duk dalam tab masa nak mandi... Lenguh tangan pegang, x leh duk diam ashik nak berkayuh jer kaki tu.. 

Wife ada sarankan beberapa tempat untuk cuba bagi  baby berenang.. Tapi Kami pilih Liltle Spa Kingdom dekat Publika, Solaris Dutamas sebab dekat dengan rumah... Appointment boleh dibuat secara emel, telepon atau walk in.. Better buat appointment, takut ada ramai sgt orang kene tunggu turn...

Barangan keperluan yang perlu dibawa hanya Baju, pampers biasa jer, nanti pampers untuk berenang dah termasuk di dalam harga yang disediakan....

Untuk ibu bapa yang x suka bersesak tu seeloknya buat temujanji awal pagi...Appointment A'sim dalam pukul 9 pagi macam tu...  Sampai sana memang x banyak kedai yg bukak lagi la...Tapi lepas nie, nak cuba pergi masa ramai orang la sebab A'sim suka klu ramai orang, suka menyembang agaknya.. hehehe.

Lepas settle jer isi boran, A'sim terus dibawa ke tempat  persalinan, tukar pampers, pastu terus buat senaman Yoga dalam 5 minit macam tu... Lebih kurang macam buat rengangan dulu.. :P
 Baby Berenang di Little Spa Kingdom

 Kolam Kat sini ada 2, Klu kolam kecik nie, untuk baby yang umur 6 Bulan kebawah.. Yang besar macam jakuzi tu untuk 6bulan - 3 Tahun klu x silap.. Tapi bergantung gak, klu baby abawah 6 bulan dah aktif sangat, boleh bawa kat kolam besar..

Kolam-kolam nie, airnya suam-suam dalam 32 -34 macam tu... Ibu bapa pon jangan risau sangat, lepas setiap sesi, maknaya selepas baby mandi, diog akan buang air tu dan akan  refill balik air baru...

 Baby Berenang di Little Spa Kingdom
Terdapat 4 Kolam kecil dan 2 Kolam Besar kat Lilttle Spa kingdom.

Lepas Selesai, Time untuk diletakan didalam Kolam Kecil.... Sesi berenang dibuat max 20 minit.. bergantung kepada keadaan.. Klu baby nampak dah penat diog akan stop lagi awal la....

 Baby Berenang di Little Spa Kingdom
Pemandangan Dari Atas

 Baby Berenang di Little Spa Kingdom
Kolam nie, yang bestnya boleh tengok kat cermin kaki anak kita tendang menendang masa dalam air tu...

 Baby Berenang di Little Spa Kingdom
Berkocak air dibuat A'sim klu ada orang sergah.. hehehe.. Best sangat tengok anak kita mandi dalam tu... Lagipon Berenang jugak merupakan Sunnah dari Nabi kita...


Lepas selesai berenang,  A'sim akan diurut lebih kurang 20 Minit macam tu....
Klu Ambil Baby SPA Pakage akan dapat perkhidmatan berikut:
Baby Yoga - 5 Minute
Baby Swim  - 20 Minute
Baby Massage - 20 Minute

Untuk pakage lain boleh refer harga dibawah:
 Baby Berenang di Little Spa Kingdom
Nie disediakan pakage yang ditawarkan Oleh Little Kingdom.. boleh la ibu Bapa riki-riki tengok budget macam mana kan..

Nie ada beberapa color dan design untuk manicure & Pedicure service kat 1 corner di Little Spa.. 
 Baby Berenang di Little Spa Kingdom


 Nie corner untuk potong rambut anak-anak.
  Baby Berenang di Little Spa Kingdom

Little Spa Kingdom jugak ada menjual cloth diapers.. klu yang suka bawak anak berenang tu, boleh la cuba beli... tapi pastikan saiz tu cukup sesuai untuk anak.. klu x rugi la boleh guna kejap jer...
  Baby Berenang di Little Spa Kingdom


Last sekali, nie ada video A'sim duk berendam dalam kolam tue... hehehe:




TQ

15 Komentar untuk " Baby Berenang di Little Spa Kingdom"

guna kolam kat rumah pon dah ok... hehehe

bestnya baby pon seronok :) huuuu

x pasai2 anak aku lemas..xnk aku..

x lemas la.. pegang la elok2.. budak selalunya pandai tahan nafas.. sebab dalam perut memang dia duk dalam air....

Bestnya tempat ni... KM pun baru tau... mmg bagus bagi budak tau berenang... by right.. dia orang nanti lebih hebat berenang dari kita... hehe... KM selalu bawak Zulaikha berenang kat pullman je...

nampak macam best jer.. kecik2 dah belajar berenang.. hehe

baru tahuuu... hikhik. seronok beno si adik comel tu main dalam air.. hehe

bgus sekali sekala anta ank kt spa

your gallery is just very nice .graphics are very nice . your website it just super. best of luck . do come visit me some time. that goes to everybody who see this. WE.HOBBIESANDCRAFTS.NET. and please sign my guestbook at the bottom of my webpage to let me know you came to see me do send your very good friends ( thank you ) it good to meet new friends. love a beautiful thing.

Wah2...bestnya. Ada juga yer temoat macamni khas untuk baby...
Berapa anggaran kos setiap kali pergi ni?

klu swim saja lebih kurang RM40.. Klu pakage RM100..

arghhh comelnya a'sim.. geram tengok dia main2 dalam kolam tu.. hehe..

Recent Comment

Recent Visitors

 
Copyright © 2014 UntOngLAAAAA.... - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info