About my lifestyle include parenting session. Also include working life and my family activity...

Breaking

Friday 5 June 2020

Pendaftaran Professional Engineer melalui BEM Part 1

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,


Post ini lebih kepada cara atau proses pendaftaran jurutera profesional melalui Peperiksaan Penilaian Profesional sahaja. Semoga bermanfaat untuk semua. Sekiranya ada yang saya tertinggal atau tersalah maklumat, mohon untuk maklum kepada saya, sama-sama kita kongsi.
Daftar Jurutera Profesional
Jurutera Profesional adalah orang yang didaftarkan di bawah Seksyen 10 (2) Akta Pendaftaran Jurutera 1967 (Semakan 2015).

Jurutera Profesional yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera boleh:
  • Mengambil pekerjaan yang memerlukannya menjalankan atau melaksanakan perkhidmatan kejuruteraan profesional;
  • Berhak untuk menggambarkan dirinya atau menonjolkan diri dengan nama, gaya atau tajuk apa pun yang menggunakan singkatan "Ir." sebelum namanya atau singkatan "P.Eng." selepas namanya atau dengan cara apa pun yang berkaitan dengan namanya.
  • Menggunakan atau mempamerkan sebarang tanda, papan, kad atau alat lain yang menunjukkan bahawa dia adalah Jurutera Profesional;
  • Menggunakan Cap yang ditentukan oleh Lembaga.
Kali ini saya nak kongsi berkaitan Cara nak dapatkan title Ir. atau cara nak daftar Jurutera Profesional melalui Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) atau dalam bahasa pasar adalah pe exam. 

Pendaftaran Jurutera Profesional ini boleh dibuat melalui Tiga (3) cara:
  • Peperiksaan Penilaian Professional (PAE)
  • Ahli Korporat IEM
  • Oversea Regulatory Body

Perkara Pertama, Daftar sebagai Jurutera Siswazah @ Graduate Engineer selepas dapat Ijazah. Boleh daftar melalui Online melalui laman web Engineer. Pendaftaran Jurutera Siswazah ni hanya sekali perlu dibuat sekali sahaja dan tak perlu diperbaharui setiap tahun.

Graduate Engineer

Perkara Kedua, timba pengalaman selama tiga (3) tahun. ini bermakna perlu berdaftar sebagai Jurutera Siswazah atau graduate engineer selama 3 tahun. Lepas sahaja habis belajar, cari kerja yang betul-betul atau yang boleh bantu untuk mendapatkan pengalaman yang meliputi: 
  • Sekurang-urangnya dua (2) tahun latihan umum untuk pengembangan profesional.
  • Sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengembangan kerjaya profesional yang memberikan pendedahan kepada kepakaran pengurusan dan teknikal dalam erti kata lain pengalaman dalam "site/field" dimana latihan mesti dipantau di bawah pengawasan Jurutera Profesional (PE) di cabang kejuruteraan yang sama dengan yang dipraktikan oleh Jurutera Siszawah. Jika Jurutera Profesional di cabang kejuruteraan yang lain, mestilah mendapat persetujuan dari Lembaga terlebih dahulu (Boleh rujuk dengan BEM, saya tiada maklumat proses mendapatkan persetujuan tersebut).
Profesional Assessment Examination

Ketiga, Isi Borang Permohonan peperiksaan Penilaian Profesional (Form PAE). Bersama-sama borang ini perlu dikemukakan bersama perkara berikut :
  • Keterangan pengalaman Praktikal (menggunakan LAMPIRAN PAE-1)
  • Akuan seperti LAMPIRAN PAE-1
  • Salinan surat pendaftaran sebagai Jurutera Siswazah yang disahkan oleh PE sama bidang
  • Salinan Ijazah kejuruteraan dan transkrip lengkap yang disahkan oleh PE sama bidang
  • Cek/bank draf/kiriman/wang pos atas nama Lembaga Jurutera atau bayar menggunakan Debit atau Credit card di Kaunter, Tingkat 11, Blok F, Lembaga Jurutera. Jumlah Bayaran adalah sebanyak RM600 yang merangkumi Yuran Proses sebanyak RM100.00 dan Yuran Peperiksaan sebanyak RM500.00.
Lampiran PAE -1

Selepas borang ini siap diisi dan dihantar ke BEM, boleh la anda mula untuk siapkan laporan teknikal. Laporan ini perlu dihantar  ke BEM sebanyak 3 salinan. Selepas laporan teknikal ini dihantar barulah BEM akan uruskan panel dan tetapkan tarikh untuk peperiksaan dan penilaian (interview). 

Nanti bila Free, Saya sambung Part 2

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment