Berdasarkan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, Pencawang bermaksud mana-mana premis atau bahagiannya terkepung yang mempunyai radas sama ada untuk mengubah atau menukarkan elektrik kepada atau daripada voltan tinggi, atau untuk pensuisan, pengawalan atau pengawalseliaan elektrik pada voltan tinggi dan yang cukup besar untuk membolehkan orang masuk selepas radas diletakkan pada tempat itu, dan termasuk radas di dalamnya (Peraturan 2 -Tafsiran)
Berdasarkan Electricity Supply Application Handbook (ESAH), definisi Pencawang adalah kemudahan di mana dua atau lebih talian dihidupkan untuk tujuan operasi. Termasuk satu atau lebih alatubah supaya beberapa talian yang disambung beroperasi pada voltan nominal yang berbeza.
Secara Lazimnya terdapat Tiga (3) Kategori Pencawang untuk Pembahagian Bekalan Elektrik:
- Pencawang Masuk Utama (PMU)
- Pencawang Pembahagian Utama (PPU)
- Pencawang Elektrik (PE)
Walaubagaimanapon, terdapat tambahan satu (1) Kategori Pencawang bagi pengguna pukal iaitu Stesen Suis Utama (SSU).
Secara Asasnya, turutan konfigurasi Pembahagian Bekalan Elektrik adalah seperti berikut:
- PMU (132 / 33kV) -- PPU (33 /11kV) -- PE (11kV / 0.433kV)
- PMU(132 / 33kV) -- PPU (33 /11kV) -- SSU (11kV) -- PE (11 / 0.433kV)
- PMU (132 / 33kV) -- SSU (33 /11kV) -- PE(11kV / 0.433kV)
- PMU (132 / 11kV) -- SSU (11kV) -- PE (11kV / 0.433kV)
PMU Hulu Terengganu. Credit: TNB Careline
1) Pencawang Masuk Utama (PMU)
Pencawang Masuk Utama adalah poin sambungan antara 132kV atau 275kV ke rangkaian pembahagian. Perubahan-perubahan voltan piawaian yang disediakan di PMU adalah seperti berikut:
2) Pencawang Pembahagian Utama (PPU)
Pencawang Pembahagian Utama (PPU) digunapakai pada sistem 33kV bagi menyambung rangkaian 33kV dengan rangkaian 11kV. la memberi suntikan kapasiti ke rangkaian 11kV melalui transformasi 33 /11kV.
Pencawang Sekolah Seni Kuala Lumpur
3) Pencawang Elektrik (P/E)
Pencawang Elektrik adalah poin suntikan kapasiti dari sistem 11kV, 22kV daa 33kV kepada rangkaian voltan rendah (400V, 230V). Keupayaan pengubah biasanya adalah l000kVA, 750kVA, 500kVA dan 300kVA.
Stesen Suis Utama Kem Segamat
4) Stesen Suis Utama (SSU)
Memberi suntikan kapasiti pukal atau pemindahan dari PMU / PPU ke pusat beban untuk pengagihan setempat. Membekalkan pengguna pukal berdedikasi pada voltan 33kV, 22kV atau 11kV.
Mantap la… tq atas pengkongsian..
ReplyDeleteSalam, tuan Khudri. Boleh saya tahu jarak selamat daripada radiasi emf antara PMU dengan kawasan kediaman?
ReplyDeletepadubossku..very good informative
ReplyDeleteMay I know the safe distance between PPU station to resistance houses?
ReplyDeletetq for sharing...
ReplyDeleteNak tanya , apakah sebab PMU permanently close? adakah tutup maksud PMU tersebut tidak digunakan lagi?
ReplyDelete👍🏻
ReplyDelete