About my lifestyle include parenting session. Also include working life and my family activity...

Breaking

Monday 30 November 2020

Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)

 

PPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

Keputusan Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam

Baru dapat makluman dari kenalan yang baru LULUS Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) baru-baru ini untuk Penolong Penguasa Bomba. Semoga dipermudahkan urusan seterusnya.

Adakah anda merupakan calon Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) jugak? Hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit panduan dan tips cara nak LULUS Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE).


Secara lazimnya, Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam  (PSEE) terbahagi kepada tiga (3) bahagian.
      •  Pengetahuan AM - 25 Minit
      •  Daya Menyelesaikan Masalah - 25 Minit
      •  Kefahaman Bahasa Inggeris - 20 Minit.

Bagi yang betul-betul ingin memasuki perkhidmatan awam, pastikan anda sentiasa menyemak emel dan lawan web SPA bagi penjadualan peperiksaan online perkhidmatan awam.
Jika mendapat jemputan emel untuk jadual peperiksaan, pastikan anda sudah bersedia dari segi maklumat dan cuba menjawab contoh soalan peperiksaan online memasuki perkhidmatan Awam (PSEE).

Berdasarkan maklumat, masa merupakan perkara yang paling mencabar untuk menjawab soalan -soalan berkenaan. Jadi, anda perlu menguruskan masa bagi menjawab setiap soalan. Anda perlu memperuntukan lebih kurang hanya 1 minit untuk setiap soalan. Jawab soalan yang mudah dahulu. Jika tidak dapat menjawab, langkau soalan berkenaan. Jangan risau, anda boleh mengulangi soalan berkenaan jika masih tidak menjawab soalan. Ada petunjuk yang bewarna merah bagi soalah yang masih belum dijawab. Jika masa hampir tamat, dan anda masih belum tidak dapat menjawab soalan berkenaan, pastikan anda tanda mana-mana jawapan (tembak) kemungkinan mengena. Pastikan jawab semua soalan.

Bagi soalan Pengetahuan Am, anda dinasihatkan membaca seberapa banyak maklumat dari laman web utama Jabatan atau Agensi berkenaan kerana pada hari peperiksaan, kemungkinan laman web berkenaan tidak dapat dibuka. Berikut merupakan beberapa maklumat asas yang perlu diketahui.
  •  Nama Kementerian 
  •  Nama Jabatan/Agensi Sebelum Ini
  •  Fungsi setiap unit dibawah Jabatan/Agensi
  •  Lagu tema
  •  Bendera & Logo, Slogan
  •  Ikrar dan Lagu Korporat 

Bagi soalan Daya Penyelesaian masalah, anda dinasihatkan untuk membuat latih tubi soalan matematik. Hari ini saya ingin berkongsi Contoh Soalan Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam dan Jawapan dengan penerangan atau jalan kira Contoh Soalan Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam secara PERCUMA. Sila Klik LINK INI dan Hubungi Saya untuk mendapatkan Contoh Soalan Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam dan Jawapan Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam


Mohon untuk Sokong akaun Facebook dan akaun Instagram saya YE...


*Nota : contoh soalan yang dikongsi adalah hanyalah sekadar gambaran sahaja dan bertujuan untuk latihan sahaja dan . tiada kaitan dengan soalan ramalan dan soalan bocor.


1 comment: