About my lifestyle include parenting session. Also include working life and my family activity...

Breaking

Tuesday, 15 September 2015

Lahirmu Jumaat, Pergimu jua Jumaat

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Mangsa Tragedi Kren Di Mekah merupakan Kakak Rakan Sekerja

Terkejut dengar ptg semalam yang salah seorang mangsa tragedi Kren di  Mekah merupakan kakak kepada rakan Sekerja... Hal nie disahkan selepas membaca berita dari status Facebook Beliau.. 

Lahirmu Jumaat, Pergimu jua Jumaat
Status Amalludin Zolkipli mengenai pemergian Kekanda - Tragedi Kren di Mekah.

"Lahirmu Jumaat, Pergimu jua Jumaat

Zae, Aku cuba ganti tempatmu untuk menjaga eiman dan yang lain dengan kekuatan adik-beradik yang lain... Kini aku menjadi yang sulong.. 1001 kebetulan terungkai disebalik perbualan didalaam whatapps.
Apa yang pasti, pencaturan Allah tidak pernah salah dan tidak akan salah.. Kamu insan yang Terpilih..
Aku ingat, aku yang pergi dahulu. Aku dah sediakan senarai semak dan listing untuk isteriku untuk persediaan jika aku tiada ( risiko aku lagi tinggi dari segi pandangan mata kasar). Kamu juga kata nak buat senarai semak yang Sama.. Alahuakbar ..
Alfatihah untuk kekanda yang aku pangil Zae" - Amalludin Zolkipli

Siti Nuroshlizan Binti Zolkipli, 37 antara mangsa yang awal ditemui.. Semoga Allah merahmati dan meletakan beliau di kalangan ahli-ahli Syurga

Innalilllahwainailahirajiun

3 comments:

  1. Amin.. Semoga roh mereka ditempatkan dalam golongan orang2 beriman. InshaAllah

    ReplyDelete
  2. semoga ditempatkan bersama kekasih-Nya..

    ReplyDelete
  3. Al Fatihah.. Semoga ditempatkan bersama orang2 beriman.. Amin.. Pasti ada hikmah yang menanti :') - KTC

    ReplyDelete