Bajet 2016 - Mensejahtera Kehidupan Rakyat
Assalamualaikum w.b.t Dan Salam 1 Malaysia.
Tentu ramai yang
dah mendengar Ucapan Bajet 2016 oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji
Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan, pada petang
tadi, 23 Oktober 2015, di Dewan Rakyat..
Pembentangan Bajet 2016 |
Tema bajet tahun ini adalah Mensejahtera Kehidupan Rakyat dengan memperuntukan sebanyak 267.2 Billion dengan 81% (215.16 Billion) adalah untuk Peruntukan mengurus dan 19% (52 Billion) untuk Peruntukan Pembangunan.
Pembahagian Bajet 2016 |
Terdapat lima (5) Fokus bajet 2016 dengan beberapa langkah cadangan kan dilakukan;
1) Memperteguh Ketahanan Ekonomi Negara
2) Meningkatkan Produktiviti, Inovasi Dan Teknologi Hijau
3) Mempersiaga Modal Insan
4) Memperkasa Agenda Bumiputera
5) Meringankan Kos Sara Hidup Rakyat
Peruntukan sebanyak 1.4 Billion akan diberikan kepada 1.6 juta Kakitangan Awam (pekerja gomen) yang akan berkuatkuasa 1hb Julai 2016:
1) Memberi faedah pemindahan gaji dengan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred.
2) Menambah baik 252 skim perkhidmatan
3) Menetapkan gaji minimun RM1200.
4) Menetapkan kadar Pencen minimum RM900 bagi pesara yg berkidmat lebih 25 tahun.
5) Melantik secara tetap pegawai Contrack of Services (COF) yg telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun.
6) Pemberian Bonus RM500 untuk kakitangan Awam dan RM250 untuk Pesara.
Bantuan Rakyat, BR1M akan diteruskan dengan beberapa kenaikan:
1) Penerima yg berpendapatan bulana <RM1000 = RM1050
2) Isi rumah yang berpendapatan <RM3000 = RM1000
3) Isi rumah yang berpendapatan RM3001-RM4000 = RM800
4) Skim khairant Kematian RM1000 akan diteruskan.
Bagi yang belum
mendengar secara Live tadi boleh download Teks Ucapan Bajet 2015 yang
diletakan di laman web Kementerian Kewangan (MOF). Antaranya, Kastam, LHDN, Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia.
Klik Gambar Untuk Maklumat Lanjut |
Bagi yang nak lihat dan download boleh klik link dibawah.
TQ.
Thanks for sharing.. Nanti boleh laa semak balik mana mana yang terlepas :) - KTC
ReplyDeleteMensejahtera Kehidupan Rakyat??? (Menguap).....
ReplyDelete