About my lifestyle include parenting session. Also include working life and my family activity...

Breaking

Monday 1 June 2015

Tawaran Penajaan Biasiswa JPA

Tawaran Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 

Assalamualaikum w.b.t Dan Salam Sejahtera

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membuka 3 jenis Biasiswa yang boleh dipohan bermula 1 Jun 2015  melalui laman Web JPA

Tawaran Penajaan Biasiswa JPA
Program Penajaan Pelajar Perubatan

Program Universiti Perdana merupakan program penajaan kepada 40 pelajar lepasan pra-university bagi mengikuti pengajian di Universiti Perdana di bawah program kerjasama Perdana University - Royal College of Surgeon Ireland (RCSI)

Tarikh Permohonan:
01 Jun 2015 - 03 Jun 2015

Syarat Umum:
1) Warganegara Malaysia
2) Umur : Tidak melebihi 20 Tahun pada 01 Jan 2015
3) Memiliki Sijil Penuh SPM
4) Mempunyai Kesihatan yanh baik
5) Melepasi syarat-syarat khusus yang ditetapkan oleh PU-RCSI
6) Telah mendapat tawaran tempat dari PU-RCSI
7)  Calon-calon yang memohon dan memenuhi syarat akan menjalani pemilihan melalui Student Assessment Center (SAC)

Tawaran Penajaan Biasiswa JPA
Program Mahasiswa Cemerlang (PMC) 

Program Mahasiswa Cemerlang merupakan penajaan kepada pelajar Lepasan Ijazah Pertama dan Sarjana bagi mengikuti pengajian peringkat Sarjana dan PHD di dalam dan Luar Negara.

Tarikh Permohonan:
01 Jun 2015 - 07 Jun 2015

Syarat Umum:
1) Warganegara Malaysia
2) Umur : Tidak melebihi 26 Tahun bagi program Sarjana dan tidak melebihi 30 Tahun bagi program PHD
3) Memulakan pengajian dalam tempoh 1 tahun sebaik menamatkan pegajian.
4) Pelajar hendaklah menamatkan pengajian yang telah ditetapkan dan tidak pernah membuat sebarang pelanjutan semasa pengajian Ijazah/Sarjana.
5) Pelajar mengikuti Ijazah Pertama yang diiktiraf oleh Kerajaan
6) Telah mendapat tawaran tempat dari PU-RCSI
7)  Mengikuti pengajian Master dan PhD kali pertama dan secara sepenuh masa.
8) Telah menerima surat tawaran bersyarat untuk melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dan PhD.
9) Mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari 12 bulan bagi calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Master, manakala bagi calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat PhD hendaklah mempunyai baki pengajian tidak kurang dari 24 bulan. 
10) Calon yang telah memulakan pengajian perlu mengemukakan study plan yang disahkan oleh penyelia.
11) Tidak mempunyai kontrak berkhidmat sama ada dengan Kerajaan atau syarikat swasta.

Tawaran Penajaan Biasiswa JPA
Program Penajaan Pelajar di Universiti Terkemuka Luar Negara 

Penajaan kepada pelajar yang sedang/ telah mendapat tawaran mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama di mana-mana 10 universiti terkemuka mengikut senarai Times Higher Education World Ranking (THE).

Tarikh Permohonan:
01 Jun 2015 - 07 Jun 2015

Syarat Umum:
1) Warganegara Malaysia;
2) Mempunyai kesihatan yang baik;
3) Memperolehi sekurang-kurangnya Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.50 dan setara; dan
4) Telah menerima tawaran tanpa syarat dari mana-mana 10 universiti 
terkemuka yang disenaraikan mengikut bidang yang diiktiraf.

3 comments:

  1. sayangnya...bukan pelajar perubatan :'(

    ReplyDelete
  2. bestnya kalau dapat biasiswa..takla berutang dgn PTPTN pas abes belajar...hihi


    Singgah blogwalking...:)
    Nak tingkatkan metabolisme badan tak?jemput baca artikel ni:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/cinch-tea-bantu-anda-kurus.html

    ReplyDelete