About my lifestyle include parenting session. Also include working life and my family activity...

Breaking

Wednesday 20 May 2015

Tawaran Biasiswa JPA - Program Ijazah & Diploma Dalam Negara (PIDN & PDDN))


Tawaran Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Peringkat Ijazah Dan Diploma

Assalamualaikum w.b.t Dan Salam Sejahtera

Tawaran Biasiswa JPA - Program Ijazah & Diploma Dalam Negara (PIDN & PDDN))
Biasiswa Tajaan JPA
Bagi yang sedang menyambung pengajian di peringkat Ijazah dan di peringkat Diploma kini berpeluang untuk memohon bagi mendapatkan Biasiswa dari JPA yang di buka bermula 18 Mei 2015 sehingga 24 Mei 2015.  Sila klik DISINI

Tawaran Biasiswa Bagi program Ijazah (PIDN) dibuka untuk pelajar Institusi Pengajian Awam, UNITEN, UTP, dan MMU. Manakala Bagi program diploma (PDDN) dibuka untuk pelajar Institusi Pengajian Awam dan Politeknik.

Syarat Permohonan:
1) Warganegara Malaysia
2) Umur kurang dari 25 Tahun  (26 Bagi pelajar peralihan) bagi Program Ijazah dari  tarikh permohonan.
3) Umur kurang dari 21 Tahun (22 Bagi pelajar peralihan) bagi Program Diploma dari  tarikh permohonan.
4) Mempunyai Kesihatan yang baik
5) Mempunyai sijil penuh SPM / SPMV
6)  CGPA : min 3.30
7) Telah melengkapkan 1 semester pengajian atau mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu(1) tahun.
Bagi pemohon yang berminat untuk memohon Biasiswa ini perlu mendaftar dahulu akaun di  dalam sistem esila..

Tawaran Biasiswa JPA - Program Ijazah & Diploma Dalam Negara (PIDN & PDDN))
Pendaftaran Sistem eSilav2

Setelah selesai  pendaftaran, boleh la mengisi maklumat pemohon, maklumat penjaga  serta maklumat mengenai Akademik.

Tawaran Biasiswa JPA - Program Ijazah & Diploma Dalam Negara (PIDN & PDDN))
Permohonan Biasiswa JPA
Keputusan akan diumumkan pada bulan Julai 2015.. Rajin-rajin la buka laman web eSilav2 awal bulan 7 nanti..Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan 7 Hari dari tarikh keputusan dikeluarkan... 

Jika Tuan/Puan ingin membuat pertanyaan boleh rujuk  seperti Maklumat Dibawah:
Tel :03-8885 3049 (10 talian),
Masa Operasi : 08:00 Pagi - 05:00 Petang (Waktu Malaysia)
Emel : pidn2015@jpa.gov.my.



5 comments:

  1. wah, terimakasih untuk informasinya.. semoga bermanfaat untuk yang membutuhkan beasiswa ini

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. Kalau pjj leh mohon dop... kikiki
    :P

    ReplyDelete
  3. Manfaatkan peluang yang ada...,

    ReplyDelete
  4. info yang bagus, tawaran yang bagus... peluang bagus

    ReplyDelete
  5. alamak.. macam dah tua sikit dari syarat kelayakan umor..

    ReplyDelete