1st Time Jadi House Husband Bersama Baby
Assalamualaikum w.b.t
Jumaat lepas dah bawa A'sim pergi Hospital untuk buat Rawatan Nebulizer, sehingga Sabtu kami masih di Negeri Sembilan, Umah mentuaku sebab nak sambut kepulangan Mentuaku dari Tanah Suci Mekah (Baru balik buat Haji).. suhu A'sim masih sekitar 38 - 39,demam dia belum kebah.. Risau gak dah 4 hari demam nie..Sebab cuti tahunan cheq masih banyak, kami buat keputusan untuk cheq ambil cuti hari isnin sebab nak jaga A'sim...
Awal pagi, selsema dan Batuk A'sim masih teruk.. Cheq terus hidupkan sterilizer yang diletakan bawang putih untuk hasilkan wap, pastu tekup muka baby.. Meraung la dia, tapi kene sabar la sebab nak bagi cepat sihat.... Bagi jer susu terus tido, lega gamaknya hidung tue.
Pagi dalam pukul 9 Pagi macam tue, A'sim dah bangun, terus bawa pergi mandi dengan air suam.. kali nie, kene cepat bag susu untuk pujuk dia makan ubat (paracetamol - 2ml)
Paracetamol 2ml |
Tapi part nie la yang paling susah, selalu mesti dia luah balik ubat tue.. cheq rasa manis jer.. hehehe.. Tapi alhamdulillah, A'sim bagi kerjasama yang baik... Reti pon makan Ubat...
Bagi Ubat Demam Baby |
Lepas bagi ubat, Cheq bagi air zamzam sikit yang Atok A'sim bagi... Periksa suhu, nampak dah makin surut demam, cuma batuk dengan selsema ja lagi yang belum hilang sepenuhnya.. Seronok tengok dia dah aktif macam biasa.. Alhamdulillah... Cuma takut gak la nak hantar rumah pengasuh balik sebab A'sim dah 4 hari merap. Tidur malam pun nak orang peluk... Mesti dia buat perangai.. hehehe
Budak baru baik Demam |
Harap A'sim sentiasa sehat dan terus Aktif...:)
alolo..comelnyer asim! xpe, bgos bpk jge ank..klo bole bialah slalu utk lbh mesra hingga dewasa kelak..
ReplyDeleteterbaik..
ReplyDeletemoga asim cepat sembuh ya.
tabik spring la..smoge menjadi ayah mithali yer..done follow , jom singgah my blog..
ReplyDeletetu makan ubat sambil tersenyum je.. senyum ade makna la tu.. hihihi
ReplyDelete