Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
Aktiviti Mingguan - Resipi Pizza Mudah Dan Gebu
Tertiba rasa nak makan pizza.. Dah lama x makan pizza... Dah ada semua bahan boleh la cuba buat sendiri... Resipi nie pon godek dari google jer... Ambil ilham resipi dari Che Mat Gebu.. sesuai dengan nama, memang gebu roti pizza. Bolehla kita share bersama kan.. hehe.. :)
Pizza Gebu Ala Dutamas. |
Bahan-Bahan Roti Pizza Gebu Ala Dutamas:
7 gram - Yis
10 gram - Gula Halus (klu x der blend jer gula biasa)
1/2 sk - Garam
170 ml - Air Suam
300 gram - Tepung Gandum yang diayak
25 gram - Mentega
2 sb - Madu
1 sk - Serbuk Penaik (optional)
Bahan-bahan Sos:
4 biji - Tomato
Bawang merah & Bawang Putih
Daging Kisar
1 Sb - Gula
1/2 sk - Garam
Air
Tepung Jagung (Optional)
Bahan- Bahan Topping (Ikut Selera Ada):
4 - Sosej
4 - Isi Ketam
Lada Benggala (Capsicum)
Bawang Holand
Mozarella Cheeze
Minyak Zaitun
Black Papper
Cara - Cara Nak Buat Doh Pizza Gebu Ala Dutamas :
Masukan Yis, 1 sk gula, air suam separuh dalam 1 mangkuk. Kacau sedikit, tengok biar berbuih air dalam mangkuk tu.. Klu berbuih tu maknanya yis tu aktif la... Biarkan dalam 5-10 minit
Masukan semua tepung gandum dalam basin adunan, masukan baki gula halus, garam, serbuk penaik, mentega, madu... Kacau biar rata.. kemudian masukan air campuran yis tadi.. gaul lagi... kemudian masukan baki air suam tadi sedikit demi sedikit.. Uli sehingga tiada lagi lekitan tapung.. Lepas siap, biarkan doh pizza berkenaan dalam 1 jam untuk..
Cara - Cara Nak Buat Sos Pizza :
Klu nak mudah, boleh guna sos Prego atau sos tomato..Klu nak cuba buat Sos Pizza sendiri pon boleh...
Blend Tomato bersama air untuk buat tomato puree. Lepas tu boleh la Tumis Bawang merah & Bawang Putih, kemudian masukan Daging kisar.. Dah nampak daging kekuningkan bolehla masukan tomato puree tdi bersama sedikit garam dan gula... Masukan sedikit tepung jagung untuk bagi Sos pizza tue pekat...
Topping Pizza Gebu |
Pizza Gebu ala dutamas :
Sapukan minyak zaitun disekeliling Pan... Ratakan Doh Pizza Gebu ala Dutamas tadi didalam pan.. Jangan tebal sangat sebab masa masak nanti doh gebu akan mengembang.... Sapukan sos Pizza tadi diatas doh yang telah diratakan.. Masukan bahan-bahan toping mengikut citarasa anda...
Cheeze Pizza Ala dutamas |
Last sekali, taburkan cheeze diatas doh dan topping pizza.. Panaskan dahulu oven dalam 200C selama 5 minit... kemudian bolehla masukan Pizza dalam oven untuk dibakar.. Bakar sekitar 15-20 minit...
Selamat Mencuba...
TQ
woaah woaaah pijja laaah.. feveret hehe..
ReplyDeleteperghh hebat nihh!!
ReplyDeletemmmmph..sedapnya..
ReplyDeleteperghh sedap nih.memang keyword hot sepanjang zaman
ReplyDeletehttp://kucenmaster.blogspot.com/2015/04/kucing-jadi-jururawat.html
Masya Allah. Sedapnya...:-D
ReplyDeletewah nampak sedap dan gebu geban pizza nya :)
ReplyDeleteInshaa Allah nt nak cuba...sedap haihh
ReplyDeletehemmm enaknyo ,,,,
ReplyDeleteSodapnya.. Hehee insyaAllah nnt try buat..
ReplyDeletemacam best tapi bila nak buat roti dia selalunya malas...hihihi
ReplyDeleteWahh nmpk gebu & menyelerakan gitu.. nak sediakan bahan2 ni poket pun kena gebuss... :)
ReplyDeletewahh sedapnye.. anto a ke blokd sikit. erm aku fail meroti ni tapi teringin nak buat bila tengok piza kau
ReplyDeletewah mantab, makasih banyak buat resepnya.. boleh saya coba nih..
ReplyDelete