UntOngLAAAAA....

About my lifestyle include parenting session. Also include working life and my family activity...

Leaderboard

Rawatan Untuk Baby Demam Dan Selsema

Rawatan Nebulizer Untuk Demam Dan Selsema A'sim

Assalamualaikum w.b.t

Semalam masa ambil A'sim dari rumah pengasuh, Kak Murni (Pengasuh A'sim) ada bagitau yang dia kurang minum susu... Mungkin dia x larat sgt kot... Sampai jer kat rumah aku terus cek di punya suhu... 38.8.. tinggi betul... Selang 1/2 jam aku cek... Result dia antara 38.0 - 38.9.. Aku panaskan susu ibu dalam 5oz mcm tu... Sepanjang 1 jam aku letak botol tu, 2oz jer dia minum....Dia merengek pon bunyi macam orang x larat....

A'sim Demam 38
Baru Balik dari Rumah pengasuh

Aku ambil tuala kecil pastu "jelum" dengan air suam.... Dia nanges pon tersekat-sekat sebab ada benda macam sekat dia punya hidung... Bunyi pernafasan pon kuat semacam....
Tuam Baby
Tuam Air
Wife balik jer, terus kemas barang nak bawa pergi Hospital...  Lebih kurang pukul 11 malam macam tu kami gerak pergi Hospital.. Sampai jer kat Hospital, kami pergi kat Emergency Dept, sebab malam kan, Lepas settle urusan daftar, terus nurse amik untuk periksa, pastu dengar doc ada inform dekat nurse untuk ambil darah... 

Sebelum ambil darah, kene bawak masuk jumpa Doc bertugas, Malam tu Datin Dr. Azfa Farahiah yang bertugas.. Lepas periksa, dia suruh nurse bawa kat bilik rawatan...Nurse masukan alat Nebulizer kat muka Baby yang demam.. Menangis x berenti la dia, x selesa kot.. 
Aku pon x tahu apa rasa benda tu..X pernah merasa buat benda tu.. haha.. Nurse tu cakap nebulizer nie untuk mencairkan kahak yang tersembuat... sama ada keluar melalui hidung atau ditelan Baby dan menjadi najis la....
Nebulizer untuk Baby
Nebulizer untuk baby

X Sempat ubat tu habis (aku lupa nama ubat yang dimasukan tu), Sampai tertido Baby, Letih menangis sampai tertido... dah la x minum banyak.. Tapi lepas rawatan tue, nampak la Baby boleh bernafas secara lancar untuk sementara... 

Tidur Semasa Nebulizer
Tidur masa Nebulizer

Habis jer rawatan, nurse tu bagi terus Alat Nebulizer tu kat kami sebab dah caj sekali. Katanya boleh guna dalam 2 Minggu jika nak gunakan lagi rawatan nebulizer tue, boleh gunakan yang dia bagi tue la.. 

Lepasa selesai, ambil ubat kat farmasi:
1) Iliadin - Untuk keringkan selsema dalam Hidung
2) Ubat Batuk untuk Baby
3) Ubat Demam Untuk Baby (Paracetamol)

Tapi wife ada inform dia terkejut gak dah ada ubat batuk untuk Baby, tapi dia x nak guna sgt .. Hanya nak guna jika betul-betul serius...

 Apa pendapat korang tentang ubat-ubatan nie, klu korang bagi x Baby korang makan?......


6 Komentar untuk "Rawatan Untuk Baby Demam Dan Selsema"

Ala,, kesiannya. Get well soon baby A'sim.

Boleh dijadikan panduan bila ada baby nanti =)

Assalamualaikum ... ubat demam ok nak bagi, tp doktor ada batau masa anak demam tempohari, ubat batuk bagi bila sangat2 perlu sahaja sebab tak baik untuk baby

memang susa kalau baby demam, diorang tak pandai lg nak buang kahak..
pernah tengok anak sepupu kena buat macam tu.. memang nangis ja, sian jugak.. hehehe.. ubat tu bila perlu je kot.. hihi

semoga a'sim cepat sembuh.. :)

Recent Comment

Recent Visitors

 
Copyright © 2014 UntOngLAAAAA.... - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info