Assalamualaikum w.b.t Dan Salam Sejahtera
NFDP Malaysia U-13 menjuarai Piala Pertama di Kejohanan Ibercup Costa Del Sol 2015.
Tahniah diucapkan kepada Pasukan NFDP Malaysia U-13 yang menjuarai Kejohanan Ibercup Costa Del Sol 2015 di Malaga, Sepanyol.. Lebih manis, kerana ia merupakan Piala Antarangbangsa yang pertama setelah fasa pertama (2014-2020) Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) @ NFDP bermula pada 2014.
Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) @ NFDP |
Sekitar Ogos 2013, Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaludin telah melantik Lim Teong Kim Sebagai Pengarah Projek PPBN. Lim Teong Kim yang sebelum ini merupakan penolong jurulatih pasukan remaja Bayern Munich sejak 2001.. Difahamkan Thomas Muller, bintang bola Sepak Jerman dan Bayern Munich juga diasah bakat dari remaja oleh Lim.
![]() |
Ibercup Costa Del Sol 2015 |
Setelah beberapa siri persahabatan dengan pasukan eropah, pasukan NFDP Malaysia telah menyertai Kejohanan Ibercup Costa Del Sol 2015 pada 22 Jun sehingga 27 Jun dibawah kategori U-13. Pasukan NFDP diletakan di Kumpulan D bersama dengan pasukan Atletico Madrid, CF "Os Belenenses" G, d dan SL Olivais.
Keputusan Perlawanan:
23 Jun : NFDP Malaysia VS Atletico Madriod (1-0)
24 Jun : NFDP Malaysia VS SL Olivais (2-0)
25 Jun : NFDP Malaysia VS CF "Os Belenenses" G (1-0)
Suku Akhir
26 Jun : NFDP Malaysia VS FC Barreirense
(5-0)
Separuh Akhir
26 Jun : NFDP Malaysia VS Sevilla FC
(7-6) - Penalti
![]() |
NFDP Malaysia Menjuarai Ibercup 2015 Sumber : FB NFDP |
Pasukan NFDP Malaysia dinobatkan sebagai Juara Ibercup Costa Del Sol 2015 setelah berjaya mengalahkan Sporting CP dari Portugal dengak keputusan 2-1. Gol-gol NFDP dijaringkan oleh Luqman akim dan Hariz Mansor..
Pasukan NFDP Malaysia akan meneruskan penyertaan dalam kancah eropah dan yang paling dekat adalah akan menyertai kejohan Ibercup Estoril 2015 pada 30 Jun sehingga 05 Julai 2015.. Semoga NFDP dapat menghadiakan
Lim berjaya membuktikan bahawa projek NFDP dapat menaikan kembali kegemilangan sukan Bola Sepak Tanah Air. Semoga projek NFDP akan terus maju dan dapat melayakkan Malaysia memasuki Piala Dunia pada masa Akan Datang.
Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkembangan NFDP ini boleh melayari informasi berikut:
Facebook : NFDP FB
Twitter : NFDP Twitter
Instagaram : NFDP Malaysia
Terima Kasih
Wow, hebat jugak ye dorang tu.
ReplyDeletesalam... balas kunjungan...
ReplyDeletepastinya menjadi kenangan indah buat mereka kerana berjaya sedikit sebanyak menaikkan nama negara
ReplyDeletedone follow blog ini
ReplyDelete