About my lifestyle include parenting session. Also include working life and my family activity...

Breaking

Wednesday, 17 December 2014

Hati-Hati Dengan Emel Program Loteri AirAsia RM300,000.00 kononnya

Assalamualaikum w.b.t

Sekarang banyak cara-cara orang yang tidak bertanggungjawab untuk menipu. Ada melalui HP, ada penipuan melalui FB seperti kes Aisyah Sulaiman yang cheq buat sebelum ini. Kali ini, cheq ada menerima emel kononnya dari AirAsia.. AirAsia Program Eksluksif gitu... HAHAHA

 Tapi dari Laman Web AirAsia x der pon info tentang cabutan bertuah bagai... Sila rujuk Laman Web AirAsia untuk kepastian program dan promosi yang ditawarkan.

Hati-Hati Dengan Emel Program Loteri AirAsia RM300,000.00 kononnya
Laman Web AirAsia

Program ini kononnya dibawah Lembaga Permainan Asia dan Loteri.. Entah ada  pon x tau... X pernah cheq beli no ekor, tetiba menang loteri... Ingat senang ker orang nak bagi free... 

Penipuan Program Loteri AirAsia RM300,000.00
Emel Scam Program Loteri

Umpan hadiah berupa Cek sebanyak RM300,000.00 amat besar. Tapi pelik juga, cek akan dapat setelah menghubungi mereka... Klu dah menang tu, Mestilah penganjur yang akan maklumkan kepada pemenang...

Contohnya macam pemenang Sijil Premium BSN, Pemenang akan dihubungi oleh wakil dari BSN untuk menuntut hadiah tersebut..


Penipuan Program Loteri AirAsia RM300,000.00
Hadiah Program Loteri

Satu lagi kemuskilan tu, kene reply dekat JK Allen, emel bukan dari domain AirAsia...  my0511.com.. Benak ker apa, emel pon dah sah sah menipu... 


Penipuan Program Loteri AirAsia RM300,000.00
Maklumbalas Program Loteri

Klu ada terima emel macam nie, pendapat cheq x perlu la nak layan depa, takut-takut terjerat... Klu betul kita menang cabutan bertuah mesti pihak penganjur akan menghubungi kita tambah tambah jumlah yang besar....

4 comments:

  1. saya biasa juga dapat emel gitu
    memang ignore aje =)

    p/s-saya membalas kunjungan =)

    ReplyDelete
  2. Kalau yang memang ada join contest AirAsia mesti confuse or percaya je hm hmm. Sbb company besar kan hmm

    ReplyDelete
  3. Saya selalu sgt dapat emel ni drp AirAsia, TM dan TNB... tapi memang emel tu bila bc ayat dia bebetul, pelik dan confuse tau...

    ReplyDelete
  4. SEKARANG NI MACAM MACAM LAHAIII

    ReplyDelete