UntOngLAAAAA....

About my lifestyle include parenting session. Also include working life and my family activity...

Leaderboard

Prestasi Unit Amanah Melalui KWSP

Assalamualaikum W.b.t Dan Salam Sejahtera

Cara Nak Pantau Performance Unit Trust Melalui KWSP Mengunakan Novagni

Pelaburan merupakan satu teknik untuk meningkatkan aset atau duit secara khasnya. Di Malaysia banyak Platform yang boleh dijadikan tempat untuk membuat pelaburan atau tempat untuk simpanan bagi tujuan tertentu yang hendak dicapai dalam tempoh tertentu.

Prestasi Unit Amanah Melalui KWSP
Credit : Ahmadhumaizi
Antara beberapa institusi yang boleh dijadikan tempat untuk menyimpan duit di Malaysia kebiasaannya di Akaun Semasa Bank dengan kata lain akaun bank yang duit gaji masuk. Antara lain adalah dengan membuka Akaun Fixed Deposit. Simpanan di Tabung Haji, ASB, KWSP jugak memberi pulangan antara 6% sehingga 8%.

Ramai yang mula mencari tempat pelaburan yang boleh memberi pulangan yang lebih tinggi degan mencuba nasib di Pasaran Saham. Cuma di pasaran saham modal yang diperlukan untuk permulaan agak tinggi dan amat berisiko. Antara lain adalah dengan membuat trading di Forex yang jugak berisiko tinggi. 

Pelaburan di Unit Amanah atau Unit Trusts merupakan satu platform untuk simpanan yang boleh memberikan pulangan yang agak tinggi sekitar 10% keatas. Cuma pulangan ini tidak dijanjikan pulangan setiap tahun kerana didalam unit trust terdapat faktor risiko sesuatu dana. Ia jugak mudah kerana diuruskan oleh Pengurus Amanah. Untuk makluman, Di Malaysia terdapat hampir 37 Pengurus Dana.

Prestasi Unit Trust ini sebenarnya boleh dilihat atau dipantau secara online melalui 3rd Party antaranya adalah Novagni yang tidak menyebelahi mana-mana Syarikat Unit Amanah.

Melalui i-Akaun  KWSP, kita boleh melihat prestasi semasa unit amanah sebelum membeli sesuatu dana atau ingin melihat keupayaan dana yang telah dibeli. Novagni ini adalah percuma untuk pemegang akaun kwsp. Oleh itu, gunakanlah dengan sebaik mungkin.. :)

Berikut Merupakan cara nak tengok prestasi Unit Amanah melalui Akaun KWSP:

Prestasi Unit Amanah Melalui KWSP
i-Akaun KWSP
1) Buka Laman Web KWSP. Masukan No ID dan Password.

Prestasi Unit Amanah Melalui KWSP
KWSP Dashboard
2) Selepas selesai Login pastikan anda Klik pada Member Investment Scheme di sudut kiri bahagian bawah dashboard Akaun KWSP anda.

Prestasi Unit Amanah Melalui KWSP
Disclaimer KWSP
3) Klik Butang Agree 

Prestasi Unit Amanah Melalui KWSP
Disclaimer Novagni
4) Klik butang Agree. Klu x bersetuju pon x pa. tapi keluar terus je la.. hahaha

Prestasi Unit Amanah Melalui KWSP
Portal Novagni
5) Sesudah setuju dengan semua syarat bagai. Anda boleh la mengunakan Portal Novagni ini sebagai satu tool untuk memantau. Kalau nak direct ke portal novagni memang x boleh sebab portal ini boeh dibuka hana melalui Akaun KWSP. Pilih la dana mana yang anda telah buat pelaburan atau ingin tengok prestasi terdahulu dana.

Prestasi Unit Amanah Melalui KWSP
Prestasi Unit Trust
6) Akhir sekali boleh la tengok prestasi sesuatu dana yang boleh dilihat prestasi bermula 1 bulan, 3 bulan, 5 tahun dan sejak ditubuhkan. DAna-dana ini jugak boleh dilihat dari segi pulangan tahunan dan jumlah terkumpul @ compounding. Pernah dengar keajaipan Compounding? Perlu diingat prestasi dahulu tidak menjanjikan pulangan masa hadapan.

TQ
2 Komentar untuk "Prestasi Unit Amanah Melalui KWSP"

Salam En Khudri. Sangat menarik..saya sendiri baru mengetahuinya. Bolehkah saya share di dlm facebook/ blog saya? Saya akan link ke website encik.

Recent Comment

Recent Visitors

 
Copyright © 2014 UntOngLAAAAA.... - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info