About my lifestyle include parenting session. Also include working life and my family activity...

Breaking

Tuesday, 19 January 2016

Kedai Emas Murah

Assalamualaikum w.b.t Dan Salam Sejahtera

Kedai Emas Kuala Pilah Murah?

Orang Perempuan mesti suka bila bercerita mengenai barangan kemas. Kalau nak beli barang kemas mesti kebanyakan datang ke Kuala Pilah.. Tambah-tambah selepas ada artikel mengenai kedai kemas murah di Kuala Pilah yang pernah dikeluarkan oleh Akhbar Sinar Harian..

 Bagi mendapatkan pengesahan berkenaan khabar angin berikut aku ada membuat tinjauan kedai Emas di Sekitar Kuala Lumpur dan Kuala Pilah cuma berbeza hari.. Tak sempat nak tinjau dalam satu hari.


Kedai Emas Murah
Credit : Harga Emas

Di Kuala Lumpur, beberapa kedai Emas di Jalan Tar menjadi pilihan sebab dekat dengan rumah... Antaranya HABIB, Sri Pinang di dalam Semua House dan deretan Kedai Emas Selangor Mansion. Hanya Emas 916 yang dijadikan sebagai subject.. 

Hasil pemerhatian harga terkini emas (14-Jan 2016)

Habib : RM185/Gram
Sri Pinang : RM170/Gram
Kedai Emas Jalan Tar : RM157@158/Gram

Semua Harga di atas adalah termasuk harga GST. Tapi belum masuk upah.. Contoh sekiranya beli Gelang dalam 20Gram..

Habib : RM3700 + Upah
Sri Pinang : RM3400 + Upah
Kedai Emas Jalan Tar : RM3160 + Upah

Harga emas sahaja pon dah berbeza hampir  RM20-RM30 per gram.. Kalau 20 Gram hampir RM400.. Cuma bezanya adalah brand kedai.. Bagi pendapat aku, model dekat kedai-kedai emas pon hampir sama... kalau beli dekat bukan kedai macam Poh kong, Wah chan atau abib pon x pa sebab emas memang harga dia akan sama kalau nak dinilaikan balik dekat kedai pajak.. Berbeza dengan Handphone.. Ada Ori denagan AP set... hehehe.

Di Bandar Kuala Pilah, terdapat lebih kurang enam (6) kedai Emas.. Deretan Kedai EMas ini terletak di Jalan Dato' Undang Johol.
Emas Yuen Soon
Kedai Emas cheah Poh Hin
Kedai Emas Chan Kong Goldsmith
Kedai Emas Lee Wah
Kedai Emas Poh Kong


Kedai Emas Murah
Kedai Emas Chang Kwong


Kedai Emas Murah
Kedai Emas Poh Kong - Bukan Cawangan Poh kong.. hehe
Harga bagi Kedai Emas Kuala Pilah hampir sama (16 Jan 2016): RM157/Gram .. Kalau 20Gram Gelang:
Kedai Emas Kuala Pilah : RM3140 + Upah..

Ada beberapa kedai emas yang menjual RM146/Gram.. Tapi perlu tanya betul-betul sebab harga nie tidak termasuk GST... Kalau 20Gram , anggaran upah RM150 (berbeza mengikut..

Harga Emas: RM2920
Upah : RM150
GST : RM184
Total : RM3254

Kalau pandai nego, boleh mintak tuan kedai absorb GST pastu cuba mintak kurangkan harga upah kurang dari RM100.. Kalau dapat memang berbaloi -baloi datang di sini.

Kedai Emas Murah
Kedai Emas Cheah Poh Hing
Perbezaan antara Kedai di Jalan Tar Dan Kedai emas Kuala Pilah, 
Kedai emas  Jalan Tar : Ramai Pekerja, Kebanyankan India
Kedai emas Kuala Pilha : Pekerja dalam 1-2 orang, Kebanyakan Cina.

Untuk Keseluruhan, sekiranya pengemar barangan kemas sekitar Lembah klang nak mencari barang kemas, boleh jer pergi Kedai Emas Dekat Jalan Tar.. Kelau boleh nego harga upah kurang dari RM100 pon dah ok.. Kalau nak pergi ke Kuala Pilah pon ok sebab harga bagi kedua-dua kawasan nie hampir sama sekiranya kos Pengangkutan dan masa diambil kira.

TQ

14 comments:

  1. Wah best nya, rumah saya dah dekat nak gi kuala pilah ni..mekasih infonyer...

    ReplyDelete
  2. menarik info pasal emas ni. orang perempuan memang suka emas dan suka yg murah :D

    ReplyDelete
  3. Nak tnyer di kuala pilah kedai emas nyer bukak tak pada hari ahad???

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..tumpang lalu admin..

    berminat dengan penawar gout..bole hubungi saya

    ReplyDelete
  5. Sesiapa yg nak beli emas di kuala pilah, boleh la kirim dgn sy, upah mengikut berat emas naa, tiap2 minggu sy balik pilah, hehehe
    0173743670
    Tq admin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya selalu pergi kedai emas dekat pilah kos upah emas tu yang selalu nego dengan kedai.... selalu tekan cuba dapat kos upah kurang dari RM100.. baru berbaloi

      Delete
    2. Sdr Liyana, masih boleh kirim ke? hihihi

      Delete
  6. Tq atas pperkongsian
    Tentang kedai emas jln tar tu, mmg nama kedai dia kedai emas jln tar ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan...
      dekat jalan tar ada banyak kedai emas... harga mereka pon hampir sama...

      Delete
  7. Assalammualaikum saudara, terima kasih utk info :) boleh tahu Walaupun hrga emas murah tapi kualiti nya tetap sama kan?

    ReplyDelete
  8. aku pon tetiba kena minat sbb nk tunang kohkoh tengs author atas perkongsian

    ReplyDelete
  9. Everyone loves what you guys are usually up too.
    This kind of clever work and reporting! Keep up the
    superb works guys I've included you guys to my personal blogroll.

    ReplyDelete