UntOngLAAAAA....

About my lifestyle include parenting session. Also include working life and my family activity...

Leaderboard

Anak Terkena Jangkitan Rotavirus - Cirit Birit yang teruk


Assalamualaikum w.b.t Dan Salam Sejahtera

Jangkitan Cirit - Birit untuk Anak dibawah Umur 3 Tahun


Jumaat lepas, memang A'sim kene jumpa Dr. Anna Padmavathy untuk appointment sebab sebelum nie dia ada rekod HB rendah...Dia sarankan kami tukar Susu Asim sebab Susu "X" nie x berapa sesuai untuk A'sim, x cukup Vitamin katanya... Dah setahun aku bagi A'sim minum susu nie, rupanya ia x cukup zat besi.. X cukup HB tu mungkin ikut gen aku la... Masa jumpa tu, x da apa.. Lepas perjumpaan tu, terus hantar ke rumah pengasuh macam biasa sebab nak kene masuk opis balik... 

Masa ambil tu, pegasuh x bagitau pulak dia ada masalah cirit dekat rumah pengasuh, Malam tu, tetiba ja A'sim cirit.. Air banyak sangat sampai aku kene basuh bilik...dah siap semua letak asim kat ruang tamu, pastu dia sakit dia datang lagi, kali nie, kene basuk pulak Ruang Tamu... Memang dia nak suruh bersih satu rumah kot.. hehe..

Malam tu, masa tidor, tetiba Asim muntah, kesian plak tengok dia, patut la ashik nak menempek ja... Aku ingaat dia Cirit birit biasa macam sebelum nie, masih ada lagi la ubat Probiotic dengan Semecta tu.. Bagi macam biasa la..

Hari isnin, aku ambil keputusan ambil cuti untuk jaga dia... Dia macam biasa ja cuma selera makan dia menurun.. Haritue, Susu dai aku kurangkan. Alhamduilillah cirit dia tu nampak semakin kurang.. aku ingat dia dah ok... Pada keesokan hari, Pengasuh telefon Isteri aku, bagitahu yang A'sim nampak x bermaya sebab dah empat kali cirit...

Isteri aku terus balik ambil dia,  pastu petang selasa tu kami memenag nak pergi jumpa pakar kanak-kanak dekat Sri Damansara. Kkinik tue mula bukak pukul 6 petang.. Nak dijadikan cerita, klinik tu buka tapi memang hanya hari Selasa Doktor tiada.. Diog hanya jual ubat sahaja....

Terpaksa la kami balik rumah balik, dah la jem, pastu memang nekad untuk pergi hospital malam tu.. Lepas solat Magrib maxcam tue, kami terus bergegas pergi hospital... MAcam kebiasaan, A'sim klu pergi hospital masa dia tengah ssakit memang terus aktif dia... Mesti nurse yang tengok dia ni ckap btul ke sakit nie... Tapi memang macam tua setiap kali kami pergi hospital... Terus Aktif...

Anak Terkene Jangkitan Rotavirus - Cirit Birit yang teruk
Menuggu Di Bilik Rawatan

Masa jumpa doktor yang bertugas malam tu bukan doktor paediatric, dia tanya macam biasa la. Jadi dia suruh Masuk Wad Dulu la nanti akan terus Dr.Anna akan ambil alih.. 

Anak Terkena Jangkitan Rotavirus - Cirit Birit yang teruk
Tag Pengesahan Masuk WAd

DAh register semua, tiba masa nak siap untuk pasang Drip dekat tangan tu, mula la menangis dia, Dia menangis bukan sebab kene cucuk jarum, tapi A'sim memang x boleh orang pegang dia, orang utara cakap, Pelekoh.. Klu orang pegang dia memang x suka... HAHA

Anak Terkena Jangkitan Rotavirus - Cirit Birit yang teruk
Drip Procedure

Masa masuk tu, Nurse dah bagi satu botol untuk letak najis A'sim... Diog nak test najis tu sama ada terkene jangkitan Virus.. 


Anak Terkena Jangkitan Rotavirus - Cirit Birit yang teruk
A'sim ditemanai oleh Barney
Malam tue, kecian plak tengok dia tido dengan tangan berbalut bagai... tangan tu nurse balut sebab nak masuk air Garam (NACl -).. Selalu budak klu cirit nie takut dehytrade.. Ea la keluar atas bawah, makan minum kurang... Klu masuk air nie, walau baby x minum pon still ok sebab ada sokongan..

Anak Terkena Jangkitan Rotavirus - Cirit Birit yang teruk
Main Gelunsur
 Hari rabu tu, pagi-pagi, A'sim terus nak pergi luar... Bukan dia nak duk dalam lama-lama... Nampak ja budak lain main. mesti dia nak ikut sama main... Masa jumpa doktor pagi tue, Doktor cuak, dia ingat A'sim cirit sebab dia suruh kami tukar Brand Susu "X" sebelum nie...Tapi isteri cakap memang dia mula kena hari jumaat lagi di rumah pengasuh dia, Ada budak yang kene cirit birit gak sebelum nie..

Hari last di Hospital (khamis),  pagi tue doktor dah bagi green light boleh keluar walau result najis dia belum keluar.. Doktor cakap dia aktif, x demam sepatutnya tiada apa-apa... Dalam tengah hari macam tu baru result keluar..



Anak Terkena Jangkitan Rotavirus - Cirit Birit yang teruk
Tunggu Doktor Datang


Dah habis kemas barang, Isteri aku sampai hospital untuk settlekan urusan discharge... MAsa nak tunggu clearance tu, sempat lagi la bawa A'sim main, maklumal dekat rumah tak da... memang excited la dia... hahaha...



Anak Terkena Jangkitan Rotavirus - Cirit Birit yang teruk
A'sim nak main lagi


MAsa tangah main tu, nurse datang inform yang A'sim Positif kene Jangkitan Rotavirus... AKu ingat kene tahan lagi dalam wad, tapi dia cakap, klu tengok keadaan A'sim, sepatutnya virus tu dah mula keluar... dah boleh balik rumah katanya...


Anak Terkena Jangkitan Rotavirus - Cirit Birit yang teruk
Menuggu untuk Discharge
Selalunya klu kene virus nie, kanak-kanak akan mengalami simptom Rotavirus:
a) Cirit-birit dengan teruk
b) Muntah
c) Demam
d) Kurang Selera Makan & Minum
e) Najis dia agak berbau.
f) Tidak Bermaya

Dalam banyak-banyak simtom tu, A'sim cuma tidak demam, sebab tu sebelum nie, doktor ingat dia cirit birit biasa sahaja... Klu ada anak yang terkene cirit -birit, beter terus bawa jumpa Hospital, sebab Virus tu akan menyebabkan baby dehydrate dan boleh bawa maut sebab kekurangan air.

Langkah- langkah pencegahan cirit-birit sementara  bagi kanak-kanak yang aku perolehi:
a) Kurangkan sukatan Susu formula,
b) Bagi anak makan makanan karbo seperti Roti, Tapi kalau anak umur kurang dari 1 Tahun x digalakan makan roti takut alergi..
c) Bagi ubat Probiotic untuk rawatan perut..
D) klu nampak simptom Rotavirus, terus bawa Hospital untuk check najis... Klu pergi klinik pon rasa doktor bagi ubat je... pemeriksaan x sepenuhnya... 

TQ


9 Komentar untuk "Anak Terkena Jangkitan Rotavirus - Cirit Birit yang teruk"

Budak kecil kalau cirit birit memang kena bawak cepat ke klinik.. Yela budak kecil antibodi still lemah.. Appaun, hope everything is okay dan semoga si comel tu cepat sembuh

Comelnyaaa A'sim nie :) Semoga cepat sembuh ye ! Boleh laa main puas puas ^^
Btw, thanks share info pasal rotavirus nie :)

Kesian asim, semoga sihat&kuat pasni ye...

Syafakallah A'sim..kesiannya dia hb rendah,,,mgkin tuan boleh buat further test...untuk cek talasemia...kalau nak melengkapkan keperluan nutrien dalam susu A'sim...sue suggest MEALSHAKE...n standbylah NUTRIFERON kat rumah..bila demam terus bagi..

Saya x buat lagi test untuk anak saya.. tapi saya memang ada thalasemia minor... Dapat tahu sebelum kahwin lagi... :)

comellnyaa.. cepat sembuh ye adikk :)

kita yang dewasa pun xlarat kalau cirit birit, apatah lagi bebudak kecil.. semoga dah pulih sepenuhnya :)

salam singgah.. tq atas info nya..

Recent Comment

Recent Visitors

 
Copyright © 2014 UntOngLAAAAA.... - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info