Tawaran Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Peringkat Ijazah Dan Diploma
Assalamualaikum w.b.t Dan Salam Sejahtera
Biasiswa Tajaan JPA |
Bagi yang sedang menyambung pengajian di peringkat Ijazah dan di peringkat Diploma kini berpeluang untuk memohon bagi mendapatkan Biasiswa dari JPA yang di buka bermula 18 Mei 2015 sehingga 24 Mei 2015. Sila klik DISINI
Tawaran Biasiswa Bagi program Ijazah (PIDN) dibuka untuk pelajar Institusi Pengajian Awam, UNITEN, UTP, dan MMU. Manakala Bagi program diploma (PDDN) dibuka untuk pelajar Institusi Pengajian Awam dan Politeknik.
Syarat Permohonan:
1) Warganegara Malaysia
2) Umur kurang dari 25 Tahun (26 Bagi pelajar peralihan) bagi Program Ijazah dari tarikh permohonan.
3) Umur kurang dari 21 Tahun (22 Bagi pelajar peralihan) bagi Program Diploma dari tarikh permohonan.
4) Mempunyai Kesihatan yang baik
5) Mempunyai sijil penuh SPM / SPMV
6) CGPA : min 3.30
7) Telah melengkapkan 1 semester pengajian atau mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu(1) tahun.
Bagi pemohon yang berminat untuk memohon Biasiswa ini perlu mendaftar dahulu akaun di dalam sistem esila..
Pendaftaran Sistem eSilav2 |
Setelah selesai pendaftaran, boleh la mengisi maklumat pemohon, maklumat penjaga serta maklumat mengenai Akademik.
Permohonan Biasiswa JPA |
Keputusan akan diumumkan pada bulan Julai 2015.. Rajin-rajin la buka laman web eSilav2 awal bulan 7 nanti..Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan 7 Hari dari tarikh keputusan dikeluarkan...
Jika Tuan/Puan ingin membuat pertanyaan boleh rujuk seperti Maklumat Dibawah:
Tel :03-8885 3049 (10 talian),
Masa Operasi : 08:00 Pagi - 05:00 Petang (Waktu Malaysia)
Emel : pidn2015@jpa.gov.my.
wah, terimakasih untuk informasinya.. semoga bermanfaat untuk yang membutuhkan beasiswa ini
ReplyDeleteAssalamualaikum.. Kalau pjj leh mohon dop... kikiki
ReplyDelete:P
Manfaatkan peluang yang ada...,
ReplyDeleteinfo yang bagus, tawaran yang bagus... peluang bagus
ReplyDeletealamak.. macam dah tua sikit dari syarat kelayakan umor..
ReplyDelete