About my lifestyle include parenting session. Also include working life and my family activity...

Breaking

Friday 30 January 2015

Permohonan Rumah PPA1M Telah dibuka

Assalamualaikum w.b.t Dan Salam Sejahtera

Permohonan Rumah PPA1M 2015 Di Kuala Lumpur Telah dibuka

Berita baik bagi Penjawat Awam, Permohonan bagi Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) telah dibuka dan permohonan dijangka akan ditutup pada 28 Februari 2015. Projek ini dikelolakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan.. 

Sebelum ini, PPA1M telah dibuka di bawah Perbadanan Putrajaya yang telah ditutup pada 18 Mei 2013. Sehingga kini, 4 siri undian telah dijalankan..  

Permohonan Rumah PPA1M Telah dibuka
Permohonan PPA1M Kuala Lumpur

Projek perumahan yang dibuka ini akan dibina di Bukit Jalil yang berdekatan dengan Sekolah bukit Jalil Dan Pejabat Astro.. Terdapat 1536 Unit yang akan ditawarkan berdasarkan undian yang akan dijalankan nanti.. Projek ini dijangka sia pada Jun 2019.

Permohonan Rumah PPA1M Telah dibuka
Harga Rumah PPA1M
Permohonan Rumah PPA1M Telah dibuka
Jenis Rekabentuk

Terdapat 3 Jenis rekabentuk yang akan dibina berdasarkan keluasan rumah.

Untuk makluman Lanjut, Boleh layari portal PPA1M Kementerian Wilayah..Difahamkan pelaksanaan projek PPA1M di Kuala Lumpur ini akan terus diperluaskan secara berperingkat.

 Borang permohonan boleh dilakukan secara manual dimana pemohon perlu muatnaik borang permohonan dan perlu dihantar kepada:

Unit RUMAWIP dan PPA1M,
Kementerian Wilayah Persekutuan,
Aras 5, Blok 2, Menara Seri Wilayah,
62100 Putrajaya

Brosur juga disediakan dan Maklumat Projek boleh didapati. Jika ingin berhubung dengan pegawai untuk maklumat lanjut mengenai PPA1M ini boleh hubungi:

Cik Nurul Syahirah Binti Abu Bakar
Telefon: 03-88897805
Emel: ppa1m@kwp.gov.my


TQ

1 comment:

  1. Ohhh yer ker ada jugak perumahan untuk penjawat awam yer... hmmm ada tak kat KK yer...

    ReplyDelete