About my lifestyle include parenting session. Also include working life and my family activity...

Breaking

Wednesday, 18 November 2015

Cara Memohon Rumah Pr1ma

Assalamualaikum w.b.t Dan Salam Sejahtera

Cara nak Memohon Rumah Pr1ma.

Untuk memiliki rumah Pr1ma hanya memerlukan beberapa langkah dan semua proses dilakukan secara online.. 
a) Pendaftaran
b) Permohonan
c) Pengundian
d) Pembiayaan 

Cara Memohon Rumah Pr1ma
Perumahan Pr1ma
Sebelum pendaftaran dilakukan, bakal pemilik rumah Pr1ma mestilah memenuhi keseluruhan syarat kelayakan Permohonan rumah Pr1ma. Sekiranya salah satu syarat tidak dipatuhi, permohonan akan GAGAL:
1) Warganegara Malaysia
2) Pendapatan isi rumah Keluarga (suami + isteri ) dari RM2,500 sehingga RM10,000
3) Berumur 21 Tahun Keatas
4) Tidak memiliki lebih dari 1 Hartanah

Pendaftaran Rumah Pr1ma:
Sebelum proses permohonan rumah dilakukan, bakal pembeli mestilah mendaftar akaun Pr1ma untuk permonan. Borang yang perlu diisi dari segi maklumat peribadi , maklumat pasangan dan tanggungan serta perlu upload beberapa dokumen bagi melancarkan proses permohonan.

Senarai Semak dokumen yang Diperlukan bagi Permohonan Rumah Prima (Upload):
Salinan IC
No Cukai Pendapatan LHDN
Slip Gaji
Penyata KWSP
Penyata Bank

Cara Memohon Rumah Pr1ma
Senarai Semak Dokumen Permohonan Pr1ma 

Permohonan Rumah Pr1ma
Notifikasi Projek terbaru dan kawasan perumahan yang baru dibuka untuk permohonan akan dihantar melalui emel untuk tindakan bakal pembeli. Bakal pembeli juga boleh melihat menerusi laman Web Pr1ma status kediaman perumahan pr1ma yang yang dilancarkan. Hanya yang berstatus dibuka untuk permohan sahaja yang boleh dipohon.

Cara Memohon Rumah Pr1ma
Permohonan projek Pr1ma yang dibuka

Pegundian Rumah Pr1ma.
Keputusan pegundian akan dikeluarkan melalui lama web Prima. Senarai rujukan pemohon yang berjaya akan dikeluarkan bagi setiap projek yang telah diundi. Pemohon yang berjaya juga akan dimaklumkan menerusi emel dan sms. Setelah selesai prosses pengesahan, pemohon yang berjaya akan dihubungi melalui surat rasmi dan e-mel untuk pemilihan unit kediaman anda.
Cara Memohon Rumah Pr1ma
Senarai Keputusan pengundian Pr1ma

Pembiayaan Rumah Pr1ma
 Pr1ma akan membantu bantuan bagi proses pembiayaan. Pembiayaan Pr1ma boleh  dilakukan dengan panen seperti CIMB, Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat, MBSB, BSN. Pakej termasuk pembiayaan sehingga 110% dari harga perjanjian jual beli (SPA). Tiada bayaran pendahuluan yang akan dikenakan.Perkhidmatan rent-to-own (sewa dan beli) jugak disediakan dimana penghuni boleh menyewa unit berkenaan sekiranya tidak dapat kelulusan pimjaman. Di bawah skim RTO, pemohon perlu menyewa kediaman PR1MA sehingga 10 tahun. Pemohon diberi pilihan untuk membeli kediaman tersebut pada akhir tahun ke-5 atau ke-10 pada harga yang ditetapkan oleh PR1MA.

TQ

1 comment:

  1. Sy berminat nk mehon prima bagan sera

    ReplyDelete