Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Cara Nak Tukar Micro SIM dan Nano Sim Celcom
Hari nie baru berkesempatan nak pergi tukar SIM Card Celcom dekat BlueCube Publika Dutamas. area KL.. Dekat area KL, BlueCube Celcom yang terletak Publika nie mudah nak berurusan.. Ni kali ke-4 aku datang kesini..
BlueCube Celcom, Publika, |
Hajat datang kemari untuk tukar Micro SIM untuk aku dengan Nano Sim untuk wife... Sebelum ni aku pergi sebab nak unblock No telefon sebab dah tamat tempoh lebih dari 30 hari (pengguna Prepaid).. :)
Pegawai Perkhidmatan Pelanggan |
Ingatkan susah. Cara nak berurusan untuk pertukaran SIM amat mudah.. Hanya bagi IC yang original dengan No Telefon. Pegawai kat sana tolong isi borang... Kita tunggu sain ja... SAtu ja yang aku hairan dengan staff kat sini.. Sepanjang kunjungan aku yang kali ke-4 nie, boleh kata semua staff dia lain-lain.. Tak pernah jumpa orang yang sama duk kat kaunter tu...
MicroSIM baru |
Tak sampai 10 minit dah dapat SIM kad baru.. Pertukaran SIM ni adalah Percuma sebab aku dah guna no celcom nie sejak 2007. Masa tu nak ambil jubah untuk Grad Dip masa Dekat UiTM.. Dapat pon FREE ja khas untuk UPAX. No tidak akan luput sehingga umur 26 Tahun.. Aku difahamkan jika pengguna yang kurang dari 1 tahun dikenakan Caj pertukaran dalam RM5..
Kedai Mamak BESTARI, Publika |
Bagi memudahkan pengguna, sesiapa yang nak ke BlueCube Celcom di Publika nie, masuk jer dekat kedai Mamak BESTARI tu.. Nanti keluar ikut belakan kedai untuk masuk arah kiri kedai untuk naik escalator.. BlueCube Celcom tu terletak dekat Tingkat 2.. Betul-betul sebelah Escalator.
TQ
No comments:
Post a Comment