About my lifestyle include parenting session. Also include working life and my family activity...

Breaking

Thursday, 10 December 2015

Review Marugame Udon & Tempura KL

Assalamualaikum w.b.t Dan salam Sejahtera

Rangkaian Restoran Udon Terbesar Di Jepon

Marugame Udon mempunyai lebih daripada 864 restoran di seluruh dunia dengan 782 daripadanya adalah di Jepun. Hari in, rakyat malaysia boleh menikmati udon yang terbaik daripada Marugame Udon. Penyediaan udon dari bahan-bahan yang tulen dan dibuat setiap hari di kedai bagi menjaga keaslian sanuki udon untuk dihidangkan kepada pengguna.

Review Marugame Udon & Tempura KL
Premis Marugame Udon & Tempura

Untuk pengetahuan, terdapat 2 unit Restoran marugame udon di sekitar lembah klang.
1) Sunway Putra Mall (Level 3)
2) Setia City Mall
Review Marugame Udon & Tempura KL
Pilihan Udon
Ada beberapa jenis Udon yang dihidangkan disini. Jika dilihat dari bentuk fizikal, Udon ini seakan bentuk Mee Tarik cuma ia lebih besar dan kebanyakan udon dihidangkan bersama sup yang berharga diantara RM9.80 hingga RM13.80 . Antara yang laris dijual adalah Niku Udon. 

Review Marugame Udon & Tempura KL
Pilihan Nasi
Nasi juga disediakan disini dengan beberapa pilihan dengan mengunakan beras wangi yang berharga RM14.80. Nasi yang dperlu dicuba disini adalah Sukiyaki Beef Bowl dan Beef Curry Bowl.

Review Marugame Udon & Tempura KL
Pilihan Tempura
Beberapa jenis tempura jugak disediakan disini. Air yang disediakan adalah green tea dan air yang lain hanyalah air tin dan juice yang telah dibungkus didalam botol atau tin seperti yang dijual pasaraya dan kedai runcit.

Review Marugame Udon & Tempura KL
Layan Diri Udon
Cara nak menikmati Udon di Marugame Udon sangatlah mudah, dimana perkhimatan layan diri dimana pelanggan hanya perlu ambil tray, pilih Udon atau Nasi, kemudian pilih tempura dan akhir sekali pilih minuman, buat pembayaran di kaunter dan nikmati keenakan Udon anda. mudah kan...

Review Marugame Udon & Tempura KL
Niku Udon
Niku Udon antara yangmenjadi pilihan orang ramai dimana ia disediakan bersama daging lembu premium yang dihiris nipis atau hancur dan sup dari stok ikan dan rumpai laut. tekstur udon yang kenyal sedikit bila dikunyah memberikan kelainan rasa didalam mulut

Review Marugame Udon & Tempura KL
Sukiyaki Beef Bowl
Sukiyaki Beef Bowl merupakan pilihan yang dicadangkan untuk dicuba dengan daging lembu dengan teriyaki sos dihidangkan bersama nasi dari beras wangi.  Seperti yang sedia maklum, keenakan beras wangi ni jika dimakan tanpa lauk pon sudah memadai dimana tekstur nasi seakan pulut dirasai tanpa rasa melekit.Inikan pula ditambah dengan daging yang diletakan hampir memenuhi segenap mangkuk.

Review Marugame Udon & Tempura KL
Asim merasai Sukiyaki Beef
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, jangan risau, bekas makanan untuk kanak-kanak boleh diperolehi dan nasi disini juga amat digemari anak-anak.

Review Marugame Udon & Tempura KL
Marugame Tempura
Tidak lengkap sekiranya udon atau nasi tidak dimakan bersama tempura yang dicicah dengan tempura sos. Antara Tempura yang dipilih, Veggie Mix Kakiage, Beef Croqutte, ebi (udang) tempura, chicken tempura. 

Review Marugame Udon & Tempura KL
Dapur hidangan Udon & Tempura
Kawasan dapur atau tempat masak diletakan dikawasan awam atau boleh dilihat orang bagi cara penghasilan makanan. Disini pelanggan boleh melihat tahap kebersihan yang diutamakan semasa penyediaan Udon. 

Review Marugame Udon & Tempura KL
Kawasan Tempat Santapan Udon
Tempat makan disediakan agak besar dan selesa.

Review Marugame Udon & Tempura KL
Tempat makan luar
Marugame Udon di Sunway Putra Mall juga mengambil kawasan luar yang berhadapan kedai utama bagi meja makan sekiranya pelangan ramai.  Diangarkan boleh diuatkan seramai 60-80 orang dalam satu-satu masa.

Bagi yang ingin mencuba keenakan Udon boleh ke premis di 
Marugame Udon & Tempura
2-25, 2-26 & 2-20
Sunway Putra Mall

Selamat Mencuba!!!!

TQ

2 comments: