About my lifestyle include parenting session. Also include working life and my family activity...

Breaking

Sunday, 1 November 2015

Pengalaman Backpacker Ke Penang

Assalamualaikum w.b.t Dan Salam Sejahtera

Pengalaman backpacker ke Pulau Pinang.

Dah hampir 4 Tahun tidak menejejaki Pulau Pinang sejak kali terakhir adalah semasa aku bekerja di Perai awal 2011 dan semasa belajar dekat UiTM permatang pauh 2004-2007..

Kali nie aku nak mencuba menggunakan public transport. Dah banyak public transport kalau nak pergi ke peneng, kapal terbang, KTM, ETS dan yang paling banyak adalah bas. Aku naik bas dari Jalan Duta ke Butterworth. Saja nak berenti kat butterworth sebab nak naik feri tengok sunrise.. hahaha.. Aku naik Bas InterCity, yang menariknaya tiket bas hanya RM30 sebab dapat diskaun kalau tempah awal.. Rata-rata tiket bas ke sana RM35-Rm40.. Aku naik 12.30 Malam macam tu..

Pengalaman Backpacker Ke Penang
Penang Sentral Sementara

Selalu kalau naik malam nie, awal la sampai, Pukul 3.30 pagi macam tu aku dah sampai di Penang Sentral. Butterworth. Peneng Sentral nie hanyalah bangunan sementara sebab kerja-kerja pembinaan Penang Sentral sedang giat dijalankan di Tapak Stesen Bas lama.. 

Pengalaman Backpacker Ke Penang
Stesen Bas Penang Sentral

Bagi pengunjung yang datang sampai awal pagi disini, jangan risau, dekat stesen bas Penang Sentral nie ada rela yang jaga dan lampu kat stesen Bas nie dah terang benderang.. Bilangan orang menunggu pon dah ramai.. 

Pengalaman Backpacker Ke Penang
Laluan Ke Feri di Penang Sentral

Penang Sentral merupakan pusat kemudahan Awam di Butterworth, Lebih kurang  macam KL Sentral la jugak cuma bangunannya masih belum disiapkan.. Stesen KTM, Feri dan juga stesen Bas. Untuk ke Pulau, aku memilih untuk menaiki Feri yang mula beroperasi seawal 5.45 Pagi dan kekerapan feri adalah lebih kurang setiap 15 Minit. Dekat Penang Sentral hanya ada surau kecil dan akan dibuka seawal 6.00 Pagi bagi Orang Islam yang ingin menunaikan Solat Subuh.X perlu tergesa-gesa, sebab feri banyak...

Pengalaman Backpacker Ke Penang
Terminal Feri Pangkalan sultan Abdul Halim

Jarak Penang Sentral ke Terminal Feri dianggarkan dalam 500m. Bagi pengunjung yang berkerusi roda, Shuttle ke feri jugak disediakan secara percuma... Tiket Feri ke adalah sebanyak RM1.20 dan hanya dikenakan untuk pergi ke Pulau sahaja, tiket balik adalah percuma.. Begitu jugak untuk tiket bagi pengunjung yang mengunakan kenderaan menaiki feri.


Pengalaman Backpacker Ke Penang
Ruang Menunggu Terminal Feri

Ruang menunggu di Terminal feri disediakan wifi percuma dan kerusi urut dengan kadar caj seperti di Pusat membeli belah.

Pengalaman Backpacker Ke Penang
Feri Penang

Bagi pengunjung yang menaiki kenderaan, kebiasaanya kereta diletakan di tingkat bawah, dan tingkat atas untuk pengunjung yang berjalan kaki... Aku menunggu dan terus menunggu untuk melihat sunrise tapi malangnya hanya sia-sia sebab keadaan masih berjerebu... hahaha

Pengalaman Backpacker Ke Penang
Stesen Bas Rapid Penang Weld Quay


Sampainya di  Terminal Pangkalan Raja Tun Uda mula la mencari stesen bas untuk ke tempat penginapan.. Stesen Bas Rapid Penang memang terletak bersebelahan dengan Terminal feri di Jalan Pangkalan Weld @ Weld Quay yang menghubungkan segenap Pualau Pinang.. Bas Rapid Penang ini beroperasi seawal 5.30 Pagi juga. 

Pengalaman Backpacker Ke Penang
JAdual Perjalanan Bas Rapid Penang

Bagi pengungjung yang tidak pasti no bas boleh pergi melihat paparan jadual Perjalanan Bas dan masa atau boleh melayari jadual Rapid Penang. Nak lagi senang boleh jer tanya dekat kaunter..

Pengalaman Backpacker Ke Penang
No Bas Rapid Penang

Barikut merupakan No Bas unttuk ke destinasi dari Weld Quay..


Pengalaman Backpacker Ke Penang
Penumpang Rapid Penang

Bas Rapid Penang jugak sangat banyak dan destinasi bagi satu-satu kawasan dilalui oleh banyak bas. Tidak hairan la banyak penduduk disana banyak menggunakan Pengangkutan awam untuk ke tampat kerja.

TQ

5 comments:

  1. bestnya, tapi kalo saya, tak tahan nak mengusung beg naik public, penat,,hahaa

    ReplyDelete
  2. Ala tak nyatakan hotel. Tengah nak survey hotel kt penang untukbackpaker nie

    ReplyDelete
  3. Woahhh I thought it's still an old school but now WOAHH this is definitely amaze me a lot . Woah I'm going to suggest with my friends and take those ferries , going to rock Penang's world :D

    - Syamsid Blog -

    ReplyDelete