Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
Restoran Capricciosa Pasta & Pizza ala Itali
Adakah anda salah seorang dari pencarian senarai dibawah:
- Mencari Restoran Pizza yang best di Kuala Lumpur
- Lokasi Capricciosa
- Apa yang best di Capricciosa
- Pengesahan Halal dari JAKIM
Restoran Capricciosa Putra Mall |
Untuk pengetahuan, Restoran Capricciosa menyediakan Pizza dan Pasta serta masakan ala itali yang best di sekitar Kuala Lumpur.. Di area Kuala Lumpur, terdapat 3 lokasi franchise yang agak strategik:
- Pavillion KL Shopping Mall (Level 1) - Sebelah Food Court
- Sunway Piramid Shopping Mall ( LG) - Bertentaqngan dengan Sunway Lagoon
- Sunway Putra Mall (Level 3) - Sebelah Paparich
Bagi yang baru nak merasai aneka makanan di sini boleh mencuba di semua outlet kerana Tawaran Promosi 50% bagi kesemua makanan bermula 13 Ogos 2015 sehingga 16 Ogos 2015 sempenan pembukaan outlet baru di Sunway Putra Mall..
Promosi Capricciosa |
Semalam baru pergi Outlet baru di Sunway Putra Mall, dekat PWTC.. Tengok menu tu, banyak yang menarik, tapi cheq cuba try ULTIMATE SURF & TURF.. Menu nie disarankan makan untuk 2-3 orang... semasa hidang tu memang penuh meja makan 2 orng... kene tambah meja lain untuk letak pingan... BESOR bebenor...
Platter Sharing : Ultimate Turt & Surf |
Ada 7 kombinasi Menu yang disediakan dalam 5 bahagian didalam Pinggan nie:..
- Rice Croquette, makan masa panas memag best sebab nasi nie ada cheese kat dalam, boleh rasa juicy dai klu makan masa panas... pastu dia letak serbuk roti kat lapisan luar.. nampak macam nasi nie digoreng... pastu ada kuah capricciosa signature sauce..
- Daging panggang dan meat ball.. klu makan meat ball nie, rasa dia punya daging, memang beza la klu beli meat ball frozen dekat pasaraya...
- Bagi pengemar seafood, juga ada Mussel dalam hidangan nie..
- Ikan Salmon yang dimasak dengan bawang Putih dan cheese, tgk nama la Creamy Garlic Salmon... Masa makan ikan nie, ada rasa rangup sikit kat bawah tu lapisan kulit ikan... Dalam portion ikan nie jugak ada Sayur campur..
- Satu portion lagi Pasta, PAsta nia makan x payah letak sos tambahan pon dah sedap, ada rasa Bawang putih... terer x cheq teka, boleh jadi chef x....hehehe
Arip dengan Meat Lover Pizza |
X lengkap la klu datang sini kalau x mencuba pizza, sebab kalau makanan itali sememangnya terkenal dengan pasta dengan pizza.. Sebab rasa Meat ball kat sini sedap, ambil la pizza Meat Lover... Setiap slice tu memang ada Meat ball la... Roti pizza dia rangup dan ngam dengan lapisan sos tu.. Jangan risau, kalau x habis boleh bawa balik rumah..
Fruit Punch & Mangoo Lychee |
X lengkap la klu makan tanpa minum kan, kat capricciosa nie, boleh order air dalam gelas atau pitcher (1L)..
Fruit Punch antara minuman yang paling laris disini, dengan warnanya yang kuning dari mango dan oren serta grenadine.. Mango lychee pon best dari campuran jus mango, lemon, yang turut dimasukan lychee....
Relax Area, Capricciosa Putra Mall |
Di Outlet sunway Putra Mall, boleh la kalau nak ambil angin kat luar memang pihak Capricciosa sediakan untuk relax-relax kat luar .. Nak makan kat luar nie pon boleh...
Untuk maklumat tambahan, bagi pengunjung yang baru nak datang di outlet baru nie, boleh parking kereta murah dalam stesen Bas Putra.. Jalan kaki dekat sebelah je.. Kawasan parking pon banyak....
Pengesahan Sijil JAKIM |
Capricciosa jugak telah mendapat Sijil Halal dari Jakim yang berkuatkuasa sehingga 31 Oktober 2016 dengan no rujukan JAKIM/(S)/(22.00)/492/2/2 097-04/2012..
Bagi yang nak mengetahui dengan lebih lanjut boleh layari:
Sekian ,terima Kasih
good , alhamdulillah foods puas hati kan. n also good review .
ReplyDeleteTerbaek....!!! Membuat PapaG x sabaq nak pergi ni...
ReplyDeleteWah telan air liuq ceq tengok...memang nampak sedap...thanks for review!
ReplyDelete