Assalamualaikum w.b.t Dan Salam Sejahtera
Review Hotel di Pantai Chenang, Pulau Langkawi
Mohon maaf sekiranya entry kali nie bersifat negatif, Perasan atau x selalunya klu kita pergi bercuti di mana-mana, salah satu entry khas mestilah tempat penginapan... Tetapi aku masih belum buat entry mengenai tempat penginapan di Langkawi kerana sepanjang kami tinggal di sana, perkhidmatan yang diberikan pihak Hotel kepada kami tidak memuaskan...
Hotel nie terletak berdekatan dengan Pantai Chenang dekat juga dengan Underwater World, Langkawi.. Hotel nie pon pilihan terakhir kami seramai 12 Orang sebab banyak hotel dah penuh... Kami tinggal disana dalam 3 Hari 4 Malam..
Kaunter Daftar Masuk |
Bagi yang bercadang nak bawa anak kecil aku x sarankan sangat duduk di Hotel nie, sebab macam aku, bila bawa anak nie ,mesti beli buah bagi persediaan makan untuk baby, dimaklumkan Hotel nie memang x der Peti Ais.. Terkejut jugak aku, x der peti... Rosak la buah yang dah wife aku blend dari rumah MAk Tok sebab x der tempat untuk simpan...
Kawasan bilik pon agak kecil dari Hotel biasa dan tiada almari untuk Simpan Baju... Klu datang berseorangan ok la kot... Iron tidak disediakan di setiap bilik, kene berebut dekat Lif.. Setiap aras ada 1 iron...
Kemas bilik pon lambat, selalu klu balik tgh hari, memang setiap bilik dah bersih klu pergi hotel lain, tapi hotel nie memang lambat diog bersihkan, pkul 3 mcm tu baru tengok diog masuk untuk kemas... Bila tengok pekerja ada 1 Group je kat aras kami, x tahu la 1 group tu jer ke yang buat untuk semua aras.... Patut la lambat.. Padahal kemas katil dengan kutip sampah jer pon sebab sabun apa semua, dia dah masukan dalam bekas yg perlu topup bila kurang jer...
Dining Hall |
Malam last kami ada BBQ, dan apa yang mengecewakan kami sebab BBQ yang diog buat tu dia campur dengan Group lain tapi bila tengok makanan tu memang sikit.
Tempat BBQ |
Aku macam biasa turun lambat sikit, selalunya klu BBQ nie memang pihak hotel sediakan banyak, klu habis diog akan topup.. Bila aku tengok tempat diog bakar, Tray pon sikit, memang nampak gaya tidak topup makanan la klu habis..
Ikan BBQ |
Ikan Kembung pon kecik dia bagi, Padahal duk dekat pantai dah.. Cuma agak terkilan dia ada bakar Ikan Siakap, aku ingata untuk kami la kot, rupanya diog buat untuk staff dia.. Paling x boleh blah, boleh makan kat dining hall dekat dengan meja kami....
Bukan aku x puas hati diog makan, Tapi Cara kerja diog tu, x pernah lagi aku tengok Staff hotel makan dekat dining hall selagi pelanggan ada, klu diog nak makan pon mesti makan kat kawasan dapur kan...
Udang & Sosej BBQ |
Udang dengan Sosej yang telah disediakan, Aku tak rasa cara penyediaan nie mematuhi Spesifikasi Chef... klu chef nie masuk masterchef aku rasa mingggu pertama pon dah kene kick...
Dessert |
Dari banyak2 makanan BBQ malam tu, dessert nie je yang aku suka.. Aku x Tahu apa nama... hahaha
Untuk keseluruhan:
Lokasi : 4.0 Bintang
Bilik: 3.0 Bintang
Service: 1.5 Bintang
Makanan : 2.0 Bintang
Nie adalah pandangan peribadi aku terhadap Hotel nie, Bagi aku , Hotel nie akan jadi pilihan terakhir jika datang ke Langkawi lagi.
Tq
Saya pernah pergi Langkawi tapi saya tak duduk kat hotel ni. Tak ingat apa nama hotel tu tapi dekat juga dengan Underwater World tu. Tak sangka pula ada juga hotel yang bagi servis teruk macam tu.
ReplyDeletehuhu, nak kata teruk boleh la.. sebab pernah jugak merasa duk hotell
ReplyDeleteIsh, apa nama hotel ni ek? Hotel ke motel ek? macam kurang sungguh perkhidmatan dia. Hmmm
ReplyDeleteHotel bukan motel.... Hotel dekat kawasan Pantai Chenang, dekat dengan Airport, Antara yang paling dekat dengan Underwater World.. Tapi dalam map still dalam mukim padang mat sirat...
Deletedari penceritaan memang out..nyesal je kalo duk hotel ni..
ReplyDeleteHotel apa ni, apakk teruk
ReplyDeleteIsh..Teruknyaaa perkhidmatan.terimakasih laa bagitau.hahahaha kena reject awal awal.
ReplyDeletesinggah sini ye !
ReplyDeletexbuat aduan ke?
ReplyDeletex tahu nak buat kat mana.. but kat tripadvisor jer.... selalu tgk dlm tu pon
DeleteGM dia respond....
Mungkin kene hari yang x baik.. mungkin pengalaman orang lain ok duk di hotel nie... :)
Tak pernah lagi dtg kat Langkwi..
ReplyDeleteTpi klu melancong tpt lain tu prnh la pegi..jika dibandingkan dgn hotel lain mmg servis gini teruk lah..
apa nama hotel ni
ReplyDeleteboleh refer kat link nie untuk tahu nama hotel..
Deletehttps://www.facebook.com/groups/340140496051533/792026114196300/
teruknya servis..dah tau ni memang tak pi dah la kan.
ReplyDeleteteruk benor servis..masa gi pantai cenang tido motel tepi pantai..mmg best..
ReplyDeleteerrr mmg nampak x best la hotelnya. hehe. sy pon dulu ada pgi langkawi. but tak igt hotel ape. kami smpat berkawan dgn kucing lgi. hehe ^^
ReplyDeleteDah nyawa-nyawa ikan agaknya hotel ni.... tak pikir panjang untuk majukan bisnes
ReplyDelete