About my lifestyle include parenting session. Also include working life and my family activity...

Breaking

Saturday, 21 June 2014

[VIDEO] Remaja OKU Terabai Dikurung Di Dalam Bilik


Ops 6P Jabatan Imigresen menjumpai seorang remaja OKU yang disangkakan Mayat di Flat Semarak,Nilai awal pagi tadi .. 


Sedih Dan memilukan. Dimana belas kasihan dan Kasih Sayang seorang Ibu @ Ayah terhadap seorang anak yang dikandungkan selama 9 bulan? 
Adakah sangup melihat anak dibiarkan sedemikian rupa?... Subhanallah....

Klu dilihat didalam video ini, remaja berkenaan dibiarkan keseorangan dibilik yang dilaporkan dipenuhi najis dan tanah.. Juga terdapat cebisan-cebisan polisterin, mungkin makanan yang diberikan sebelum ini.. Baju yang koyak rabak seperti sudah reput... Keadaan fizikal yang kurus kering, bergerak hanya dengan cara mengesot cukup menyentuh perasaan orang ramai...

Apalah nasib remaja ini, hanya Tuhan sahaja yang tahu, mungkin remaja berkenaan sahaja yang boleh menerima ujian dari-NYA.. Moga beliau diberi kekuatan oleh-NYA

Mudah mudahan video ini boleh memberi pengajaran kepada kita serta mensyukuri nikmat yang telah diberikan-NYA selama ini... Amin...
Sumber : BHonline



1 comment: