About my lifestyle include parenting session. Also include working life and my family activity...

Breaking

Tuesday 15 November 2016

Jalan Jalan Japan : Barangan Murah Dari Jepun

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Jalan Jalan Japan : Barangan Murah Dari Jepun 

Jalan Jalan Japan merupakan salah satu inisiatif Bok Marketing membawa barangan dari Jepun untuk dipasarkan di Malaysia.. Inisiatif ini membolehkan rakyat jepun boleh sentiasa berbelanja. Perbelanjaan dari rakyat ini akan mewujudkan pusingan ekonomi yang baik bagi mengerakan industri Jepun. 


Jepun mempunyai satu masalah dari segi simpanan barangan yang terhad di rumah, jadi mereka terpaksa keluarkan barangan untuk membolehkan mereka membeli barangan baru bagi mengikuti perkembangan fesyen atau trend terkini di sana. Sama la dengan orang kita, boleh kata 1 bulan tu mesti ada jer baju baru. tambah tambah orang perempuan.. Baju kurung tu sentiasa berubah kan. ntah2 pakai 2-3 kali je. Almari di rumah tu rasa 1 bilik untuk baju jer..haha.



Barangan disini boleh dikatakan hampir semua kategori kecuali makanan la..
Baju wanita ditingkat bawah, Di tingkat Atas baju untuk Lelaki.


Seksyen Permainan antara yang menarik bagi aku sebab, kebanyakan mainan disini masih elok dah boleh dapat dengan harga yang murah. Dinasour besar gabak nie hanya RM10. Aku beli 1, berebut anak aku dekat umah pengasuh. x nak bagi orang lain main dinasour dia punya. hahaha


Bagi Anak -anak yang minat Ultramen, yang suka kumpul tu boleh la datang sini tengok tengok. Yang bersaiz kecil ni harga sekitar RM3 - RM6.



Kamen Ridek yang besar pon ada.. Pening korang nak pilih.. haha


Nie model yang besar, boleh bandingla dengan jari aku tu. Harga yang besar nie pon dalam lingkungan RM10.. Yang suka kumpul barangan mainan tu rasa datang sini boleh penuh frame koleksi dah..


Mainan seperti basikal pon ada... Percaya x harga gelongsor tu RM60 sahaja.. 


Stroller Bayi pon ada. Macam macam jenama la


Nie Carrier Bayi murah.. Bagi yang belum ada tu, boleh la cuba carrier ni. Selalu kalau beli dekat expo pon dan RM200 keatas. Carrier nie elok dan pinggang pon x sakit kalau dukung anak sebab dia dah ratakan beban tu dekat seluruh badan. Tak perlu la nak dukung, anak nak tidur pon dalam pangkuan kita jika duduk dalam nie.. kalau yang bayi tu memang nampak macam anak kanggaru la... haha 


Peralatan nie jugak menarik minat aku, nama aku x tahu tapi nampak macam stroller yang banyak ungsi, untuk rocker dan tempat duduk baby makan. aku x pasti macam x pernah nampak dekat sini.



Bagi yang baru nak menyertai perkhemahan tahunan ker tapi jenis yang bukan selalu menyertai perkhemahan tuboleh la cuba beli alat disini. Beli mahal mahal pon kalau 1-2 kali jer guna dalam setahun rosak jugak.. Kalau barang Coleman tu memang semua maklum la memang tahan lasak..



Seksyen Peralatan Gymnisium, Nak bagi badan Sado pon boleh bawak alat nie kerumah. Lepas nie dah boleh kurangkan bayaran bulanan untuk Kelas Fitness.. Korang lenjan la kat rumah.


Peralatan sukan disini banyak jugak terutama peralatan Golf dan Tenis. KAyu Golf sebatang RM20 bang. Boleh la lepas nie beajar main Golf Pulak. Raket Tenis kat sini jugak banyak tapi Raket badminton x banyak. 


Jangan dilupakan, bagi kaki pancing, Joran joran yang masih elok turut ada.. Bagi yang baru nak menceburi atau saja2 nak mula memancing tu boleh la cuba joran terpakai nie....


Nak jadi ahli muzik seperti seperti P Ramlee? hahaha... Gitar karen RM150 jer bro... Amacam? Nak tahu kualitinya, boleh datang di Jalan Jalan Japan


Sekali bawa Isteri korang ke bahagian nie, mesti lama punya... Biarla dekat dalam Kabinet penuh dengan Pingan Mangkuk dari Langkawi pon bila nampak ada ja pingan mangkuk kat sini boleh rambang mata tu.. HAHA..

Kat sini x der store untuk simpan barangan yang sama.. Saiz pon berlainan.. JAdi apa yang tertera di bahagian rak tu merupakan barangan tu jer yang ada. Siapa cepat dia dapat..Klu x der barangan yang diinginkan tu boleh datang lagi minggu depan sebab JAlan Jalan Japan nie dia restock setiap minggu. JAdi setiap minggu mesti ada barangan yang berbeza beza.

 


Bagi pengunjung yang baru nak datang ke Jalan Jalan Japan nie, boleh la cari lokasi One City Mall, USJ. Aras 3 tu memang akan nampak outlet Jalan Jalan Japan.

Selamat membeli Belah!!!!!

8 comments:

  1. yang bestnya semua benda ada..belum sempat pergi lagi..

    ReplyDelete
  2. Haritu pegi sini. Seronok tengok barang mcm-mcm ada.

    ReplyDelete
  3. pisau jepun ada jual disini tak?

    ReplyDelete
  4. sempat pg kjp je,sib bik brng dicari jmpa.rase berbaloi ...

    ReplyDelete
  5. Great post but I was wanting to know if you could write a litte more on this subject?
    I'd be very thankful if you could elaborate a little bit further.
    Appreciate it!

    ReplyDelete
  6. Original ke?

    ReplyDelete