UntOngLAAAAA....

About my lifestyle include parenting session. Also include working life and my family activity...

Leaderboard

Cara Pilih Aircond Untuk Kediaman.

Assalamualaikum w.b.t Dan Salam Sejahtera

Cara nak pilih Aircond @ Penghawa Dingin untuk Bilik Tidur atau Ruang Tamu Rumah

Musim panas akhir-akhir ini membuatkan rumah terasa bahang. Sehingga malam pon akan terasa tempias bahang yang membuatkan kurang selesa ketika tidur. Tambah merisaukan bila anak-anak tidak dapat tidur nyenyak pada malam hari dan kadang-kadang ruam panas keluar sekitar kulit anak-anak..

Cara Pilih Aircond Untuk Kediaman.
Cara Pilih Aircond Untuk Kediaman.

Bagi yang merancang untuk membeli penghawa dingin atau aircond mesti mencari review atau maklumat dari internet mengenai aircond yang terbaik. Selalunya mencari Brand aircond yang terbaik dan mencari aircond yang sejuk serta mencari testimoni pemilihan aircond yang kurang memberi masalah.

Cara pemilihan  aircond yang mudah sebenarnya perlu membuat beberapa step bagi pemilihan yang optimum dan memuaskan. Sekiranya pemilihan aircond dibawah keperluan sebenar setiap bilik akan menyebabkan aircond kurang sejuk atau terpaksa berkerja kuat dan akhirnya akan menyebabkan aircond mudah rosak.

Pertama pengguna perlu mengira keperluan Aircond. Keluasan bilik atau keluasan ruang  yang dirancang untuk memasang aircond perlu dikira. Cara yang paling mudah dengan mengira jumlah jubin atau tiles di bilik berkenaan. Contohnya panjang bilik mempunyai 15 jubin dan lebar bilik mempunyai 10 jubin. Jumlah keluasan bilik adalah 10 x 15 bersamaan dengan 150 kaki persegi @ 150sq.ft.
Cara Pilih Aircond Untuk Kediaman.
Pengiraan Keperluan Aircond
Kedua, keluasan bilik berkenaan didarap dengan 60btu/hr bagi setia 1 sq.ft  Jadi keperluan bilik adalah bersamaan dengan 150 x 60 = 9000btu/hr.

Ketiga, setelah pemilihan horsepower(hp) aircond boleh dilakukan seperti anggaran dibawah:

Cara Pilih Aircond Untuk Kediaman.
Pemilihan Kapasiti Aircond
Keempat, senaraikan model yang ada dipasaran bagi pemilihan aircond berdasapkan spesifikasi yang telah dipaparkan. Beberapa perkara penting seperti model, air flow (cfm) bagi kelajuan udara aircond, waranti yang diberikan oleh syarikat pengeluar seperti waranti kompressor serta general waranti yang meliputi perkakasan aircond berkenaan. Pemilihan  Energy Efficiency Ratio (EER) juga penting bagi penggunaan elektrik yang rendah. Seeloknya pilih aircond yang mempunyai EER yang melebihi 12. Bagi pengiraan manual, EER boleh diperolehi hasil bahagi Kapasiti Aircond dengan input Power.


Cara Pilih Aircond Untuk Kediaman.

Kelima, boleh beli aircond yang dimahukan berdasarkan analisis yang telah dibuat. Keupayaan yang diberikan seperti anti-nyamuk atau anti-bakteria adalah satu kelebihan berdasarkan harga dalam lingkungan bajet. Harga yang dipaparkan oleh pembekal atau kedai elektrik selalunya tidak termasuk kos upah. Kos upah bagi aircond lebih kurang RM200 - RM350 berdasarkan horsepower dan jenis gas.


Akhir sekali, nikmati masa tidur anda dengan lebih selesa..


Terima kasih.
5 Komentar untuk "Cara Pilih Aircond Untuk Kediaman."

wah tak pernah ambil tahu pun saiz bilik ni semua...sllunya based on brand dengan sejuk ke tak je..nice sharing

i nampak ada brand lain2 kat atas , nak tahu jenama atas dia akan kluar bunyi x , sekarang guna jenama P tapi kadang kadang kala ada bunyi sikit pada mlm. boleh x cadangkan AC yg x keluarkan bunyi sgt

what's the best brand that you are recommending then ?

jadi kalaw nak AC baik , jenama mana yang ok ?

Recent Comment

Recent Visitors

 
Copyright © 2014 UntOngLAAAAA.... - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info