About my lifestyle include parenting session. Also include working life and my family activity...

Breaking

Monday 7 December 2015

Pendaftaran Tadika @ Taska F.A Permata Genius Telah Dibuka

Assalamualaikum w.b.t Dan salam Sejahtera

Pendaftaran  F.A Permata Genius Telah Dibuka Bagi Sesi 2016

Bagi warga Jitra dan Alor setar yang tengah mencari Tadika dan Taska murah di  Jitra dicadangkan dihantar Di F.A Permata Genius. 

Pendaftaran Tadika @ Taska F.A Permata Genius Telah Dibuka
F.A Permata Genius

F.A Permata Genius menggunakan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan anak-anak, minat, bakat yang menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan mengembirakan.

FA Permata Genius menyediakan perkhidmatan jagaan anak-anak seawal 2@3 tahun sehingga 12 tahun bagi transit. 

Di F.A Permata Genius akan mempuk perkembangan anak-anak dengan kemahiran asas (4M) seperti membaca, menulis, mengira dan menaakul. Disini juga menyediakan platform bacaan kaedah Fonik dimana anak-anak mudah memahami serta anak-anak akan cepat membaca. Dengan kaedah Fonik, anak-anak akan lebih bersedia ke alam persekolahan dimana rata-rata anak-anak sudah boleh membaca seawal 5 dan 6 tahun yang bergantung kepada tahap kematangan anak-anak.

Pembelajaran kerohanian juga diterapkan dengan meyediakan Kelas Fardhu ain bagi anak-anak Fa Permata dan murid-murid transit untuk belajar Iqra, Al-quran, bacaan doa harian, serta solat berjemaah.



Dalam memastikan potensi anak-anak berkembang sejajar dengan peringkat umur, pembelajaran dibuat dengan berbagai-bagai tema untuk menjadikan proses pengajaran lebih bermakna dan disambut baik oleh anak-anak. Disamping itu, minat serta bakat anak-anak akan dicungkil keluar yang menjadikan mereka lebih yakin terhadap diri sendiri.


Pendaftaran Tadika @ Taska F.A Permata Genius Telah Dibuka
Aktiviti Kreatif Anak-Anak FA Permata

Aktiviti di Sempena Hari Kebangsaan juga dipupuk bagi membentuk sifat peribadi anak-anak untuk menjadi warganegara yang patriotik.

Pendaftaran Tadika @ Taska F.A Permata Genius Telah Dibuka
Sambutan Hari Kemerdekaan

Anak-anak Fa Permata Genius juga pernah memenagi beberapa siri Pertandingan antaranya pertandingan Melukis anjuran AADK Negeri Kedah. Dengan penglibatan anak-anak ini semoga dapat mengembangkan daya kreativiti serta imaginasi.

Pendaftaran Tadika @ Taska F.A Permata Genius Telah Dibuka
Pertandingan Mewarna di AADK

Dalam menggalakan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, aktiviti fizikal serta aktiviti outdoor dimana anak-anak FA Permata Genius dibawa keluar untuk turuk melakukan aktiviti seperti senaman Zumba dan sebagainya.

Pendaftaran Tadika @ Taska F.A Permata Genius Telah Dibuka
Anak-anak berzumba

Aktiviti Outdoor diTasik Darul Aman
Pendaftaran Tadika @ Taska F.A Permata Genius Telah Dibuka
Bermain di Tasik darul Aman

Bagi meningkatkan kualiti dan kecemerlangan pendidikan anak-anak, Ibu bapa digalakkan terlibat dalam aktiviti FA Permata. Antaranya, pendidikan dirumah serta aktiviti kokurikulm di Tadika seperti sukaneka atau hari keluarga bagi mengeratkan lagi hubungan anak-anak dengan ibu bapa

Pendaftaran Tadika @ Taska F.A Permata Genius Telah Dibuka
Hari Keluarga FA Permata Genius

Antara hasil kreativiti anak-anak dengan penggunaan kertas, gam dan gunting untuk meningkatkan perkembangan motor halus yang melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari tangan serta kaki.

Pendaftaran Tadika @ Taska F.A Permata Genius Telah Dibuka
Hasil Kreatif Anak-Anak
Sambutan Hari Lahir juga dibuat bagi mengembirakan hati anak-anak FA PErmata Genius
Pendaftaran Tadika @ Taska F.A Permata Genius Telah Dibuka
SAmbutan Hari Lahir

Nyanyian oleh Anak-anak FA PErmata dihadapan Ibu Bapa pada hari Keluarga.
Pendaftaran Tadika @ Taska F.A Permata Genius Telah Dibuka
Nyanyian anak-anak
Aktiviti Senaman Aerobik dengan diiringan dengan lagu Chicken Dance.. :)
Pendaftaran Tadika @ Taska F.A Permata Genius Telah Dibuka
Senaman Aerobik
Majlis Bergambar dengan Anak-anak FA Permata Genius Sesi PAgi
Pendaftaran Tadika @ Taska F.A Permata Genius Telah Dibuka
Majlis Bergambar bersama Anak-anak

Bagi Ibu Bapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai FA PErmata Genius boleh menghubungi PEngelola FA Permata, Cikgu Nur - 012-962 1272


Pendaftaran Tadika @ Taska F.A Permata Genius Telah Dibuka
FA Permata Genius
FA Permata Genius berdekatan dengan Politeknik  (POLIMAS), IPDA, YAWATA, Sek Ren Keb Bandar Darulaman.Sila Layari Facebook FA Permata Genius bagi mengetahui perkembangan anak-anak anda. Pendaftarn Sesi 2016 telah dibuka dan tempat adalah terhad.

Alamat:
No.60, Taman Setia Jaya, 
Bandar Darul Aman
06000 Jitra, Kedah

Google Map: Klik Disini

Sekian, Terima Kasih

6 comments: