About my lifestyle include parenting session. Also include working life and my family activity...

Breaking

Sunday 6 December 2015

Jenis Jenis Order Di Dalam Forex

Assalamualaikum w.b.t Dan salam Sejahtera

Jenis-jenis Order di Dalam Forex

Jenis Jenis Order Di Dalam Forex
Forex Trader


Market Order
Market order adalah sejenis order bagi setiap position samada BUY atau SELL pada harga semasa.

Limit Order (Take Profit Order)
Limit order terjadi apabila trader menetapkan berapa banyak keuntungan yang pada harga tertentu untuk Close position.
Contoh: Trader mengambil position  BUY EUR/GBP pada 0.7100 dan ingin mengambil keuntungan sebanyak 10 pip. Limit order atau take profit diset pada harga 0.7110 dan position akan ditutup secara automatik.

Stop Order (Stop Loss Order)
Stop loss order terjadi apabila trader menetapkan berapa banyak kerugian yang sanggup ditanggung pada harga tertentu untuk Close position.
Contoh: Trader mengambil position  BUY EUR/GBP pada 0.7100.  Jika harga menurun, trader akan mengalami kerugian jika dibiarkan berlarutan. Stop order loss boleh ditetapkan dengan berapa pip yang trader sanggup tangung. Contohnya trader meletakan limit kerugian sebanyak 20 pip. Stop order limit perlu dilakukan pada 0.7080 dan position akan ditutup secara automatik sekiranya harga terus menurun dan trader akan rugi 20 pip.
Stop loss Order ini dilakukan bagi mengurangkan kerugian yang lebih besar.

Buy Stop dan Buy Limit Order
Buy Stop ialah sejenis order untuk trader BUY pada mana-mana harga yang lebih TINGGI daripada Buy Limit ialah sejenis order untuk trader BUY pada mana-mana harga yang lebih RENDAH daripada harga semasa.

Sell Stop dan Sell Limit Order
Sell Stop ialah sejenis order untuk trader SELL pada mana-mana harga yang lebih RENDAH daripada Sell Limit ialah sejenis order untuk trader SELL pada mana-mana harga yang lebih TINGGI daripada harga semasa.
Jika nak register Free untuk bukak Akaun demo boleh la cuba:

TQ

No comments:

Post a Comment