UntOngLAAAAA....

About my lifestyle include parenting session. Also include working life and my family activity...

Leaderboard

Review Hotel Flamingo, Penang

Assalamualaikum w.b.t Dan Salam Sejahtera

Penginapan Hotel Di Tanjung Bungah , Pulau Pinang

Flamingo By Beach Hotel merupakan salah satu hotel di bawah Flamingo Hotel. Satu lagi hotel terletak di Kuala Lumpur berdekatan dengan KPJ Ampang, Flamingo by lake..  

Review Hotel Flamingo, Penang
Flamingo Hotel

Flamingo Hotel nie terletak kawasan pelancongan di Tanjung bungah, berdekatan dengan Batu Feringgi.. Kawasan hotel terletak di persisiran pantai timur Pulau. Kalau nak tengok matahari terbit dari pantai memang sesuai tinggal kat hotel nie..

Review Hotel Flamingo, Penang
Lobby, Flamingo Hotel

Hotel Falmingo ni kalau tengok dari rupa paras luaran agak kusam sikit maklum la dah lama.. mungkin kawasan hotel belum dicat semula.. Kawasan lobby hotel baru dinaiktaraf dengan rekabentuk bercirikan kaca yang menampakan hotel nie luas dan cantik di kawasan lobby.

Review Hotel Flamingo, Penang
Bilik Penginapan Flamingo Hotel

Bilik nie salah satu bilik Standard di Hotel Flamingo. Kawasan bilik agak besar, sesuai kalau datang dengan keluarga yang besar.. kalau ada anak 2-3 orang tu ok la sebab setiap bilik disediakan 2 unit katil queen.. kalau gabung tu boleh la tidur ramai-ramai... :)

Review Hotel Flamingo, Penang
Outdoor Swimming Pool

Kolam renang memang dibuka awal pagi sehinnga 7 malam. kedalaman air sehingga 1.2 meter sahaja.. Sesuai untuk orang yang baru nak belajar berenang.. Sebelah kolam tu yang ada bumbung tu jakuzi (outdoor jacuzzi)..
Review Hotel Flamingo, Penang
Arca Naga, 



Dekat dengan kolam renang yang bersebelahan dengan ada satu arca naga yang menarik... Memang kreatif cara ukiran naga pada kayu..

Review Hotel Flamingo, Penang
Playground
Khas untuk kanak-kanak, kalau dah boring main air kolam tu, boleh la main buaian.. Hotel Flamingo ada sediakan playground sebelah kolam..


Review Hotel Flamingo, Penang
Kawasan Pantai Tanjung Bunggah

Dari kawasan hotel, ada pantai.. pantai kawasan Teluk bahang nie masih cantik lagi la sebab orang luar jarang main kat sini..

Review Hotel Flamingo, Penang
Permainan di Persisiran Pantai Tanjung Bunggah






Di kawasan pantai, ada disediakan permainan air (Have Fun In The Sun) antaranya, parasailing, banana boat, mable, water brace, water scooter (jet ski)... 
3 Komentar untuk "Review Hotel Flamingo, Penang"

Recent Comment

Recent Visitors

 
Copyright © 2014 UntOngLAAAAA.... - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info