UntOngLAAAAA....

About my lifestyle include parenting session. Also include working life and my family activity...

Leaderboard

Belayar Sambil Beramal di Star Cruise Libra

Assalamualaikum w.b.t

Pelayaran Islamik Pertama Di Dunia 

Berita Baik bagi kaki-kaki jalan dan yang gemar melancong, Kini IntraTama Travel Consultant & Tours (M) Sdn. Bhd (ITTC) menganjurkan satu pelayaran yang cukup istimewa ke destinasi Penang -Phuket-Krabi-Penang yang berkonsepkan islamik. Dimana aura  islamik disuntik ke dalam pelayaran Islamik 3.0  yang dijadualkan berjalan pada 01 hingga 04 Februari 2014 dimana tarikh tersebut jatuh pada Cuti Hari Wilayah dan Thaipusam..


Belayar Sambil Beramal di Star Cruise Libra
Pelayaran Islamik 3.0
SuperStar Libra membawa anda ke sebuah resort bertaraf dunia eksklusif terapung di laut lepas yang menawarkan anda satu pameran menarik kemudahan, hiburan, aktiviti rekreasi dan perkhidmatan ditambah pula dengan layanan mesra Asia, yang telah menjadi mercu tanda Star Cruises


Pelayaran ini juga sesuai dijadikan sebagai Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan dan hadiah kepada Ibu dan Bapa.. Tidak ketinggalan bagi Agensi Korporat yang ingin menjadikan Pelayaran ini sebagai Hadiah Penghargaan kepada Staf dan juga sebagai Hadiah Cabutan Bertuah di Majlis "Family Day".. Bagi perseorangan yang ingin bercuti dan ingin mendapatkan ilmu agama secara "private" di Pelayaran terbabit juga dialukan kerana disamping membeli-belah di destinasi terbabit, pihak penganjur mengisi beberapa slot kerohanian yang akan di forumkan di atas kapal..

Antara Sisipan menarik yang akan diisi oleh beberapa penceramah:
1) Ketahui kedudukan kiblat
2) Pelajari Solat Jama' & Qasar
3) Ceramah & Kuliah
4) Qiyamulail
5) Zikir & Selawat
6) Soal Jawab Bersama Ustaz
7) Program Ziarah
8) Makan Malam Kesyukuran

Pelayaran Islamik juga akan dimeriahkan oleh Ustaz,  Penceramah Bebas dan Imam Muda yang sememangnya terkenal di Malaysia..Dan Pengisian di pelayaran nanti dibuat dalam Bahasa Melayu.

1) Ustaz Badli Shah - Penceramah Bebas
2) Sheikh Abdelaziz Ghonim - Ahli Majlis Fatwa Al-Azhar 
(Ore Arab pandai kecek klate)
3) Dato Hassan Mahmud - Penceramah Bebas 
4) Dato' Dr. Fadzilah Kamsah - Pakar Motivasi
5) Imam muda Miril - Imam Muda Musim Pertama

Sekiranya Berminat untuk menyertai Program Pelayaran Islamik ini, anda boleh la mendapatkan maklumat di 
FB :PelayaranIslamik 
Laman Web Pelayaran Islamik.


Belayar Sambil Beramal di Star Cruise Libra
Tentatif Program

Untuk mendapatkan Info dan Tentatif Program Pelayaran ini boleh la rujuk di Tentatif program..Pendaftaran Program boleh dibuat secara Online dan jugak disertakan Tutorial Pendaftaran.

Terdapat Beberapa Pakej menarik dimana harga pakej telah termasuk beberapa item seperti di bawah dengan erti kata lain tiada kos tersembunyi. Untuk makluman tambahan, Sebahagian dari harga pakej disalurkan kepada anak-anak yatim, Tahfiz, & Fakir miskin. 



  • Harga Pakej adalah bersih termasuk Cukai Pelabuhan & Surcharge.




  • Harga Pakej Termasuk Lawatan & Program @ Phuket & Krabi


  • Semoga Percutian dan Pelayaran Anda Bermanfaat..

    Terima Kasih
    3 Komentar untuk "Belayar Sambil Beramal di Star Cruise Libra "

    Kalau tidak sertai rugi sangat kerana ia satu pelayaran penuh pengisian dan ilmiah paling berguna buat semua perserta bagulah..

    Memang best dan baus pelayaran Islamik ni. terasa nak cuba pula. tapi tak ada destinasi nak tuju. hoho XD

    Recent Comment

    Recent Visitors

     
    Copyright © 2014 UntOngLAAAAA.... - All Rights Reserved
    Template By. Catatan Info