About my lifestyle include parenting session. Also include working life and my family activity...

Breaking

Tuesday 30 December 2014

Majlis Pelancaran Blog O'Rama bersama Majalah LIBUR

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera..


SIARAN MEDIA - MAJALAH LIBUR LANCAR BLOG O'RAMA

Terutama sekali, nak berterima kasih kepada Kumpulan Media Karangkraf dan  mr.jocko kerana memberi peluang untuk pendatang baru turut serta bersama 20 Bloggers lain dalam majlis pelancaran Blog O'Rama oleh kumpulan media Karangkraf di Starbucks Coffee Kota Kemuning pada hari Sabtu, 20 Disember 2014 dipengerusikan oleh Radin Amir yang merupakan Penyampai Radio ERA.

Majlis Pelancaran Blog O'Rama bersama Majalah LIBUR
Majalah Libur

Sempena menyambut ulang tahun ke-12, MAJALAH LIBUR memperkenalkan satu ruang khas Blog O'Rama bagi memberi peluang kepada blogger untuk berkongsi maklumat mengenai pengembaraan, tempat-tempat makan serta berasaskan "Pelancongan & Gaya Hidup"

Majlis Pelancaran Blog O'Rama bersama Majalah LIBUR
Editor Majalah Libur : Meor Khairi Idris

Pihak Editorial Majalah LIBUR akan memilih 2 blog yang akan diperkenalkan  dan secara langsung menjadi Blog O'Rama pilihan Libur.. Kolum ini akan bermula Januari 2015. Bagi blogger yang terpilih juga berpeluang untuk turut serta aktiviti  percutian dan tugasan bersama majalah LIBUR. Blogger juga boleh turut sertaprogram yang dianjurkan oleh Majalah Libur seperti bengkel penulisan dan fotografi bagi memantapkan pengisian didalam blog.

Majlis Pelancaran Blog O'Rama bersama Majalah LIBUR
Rosmadi a.k.a Mr.jocko memberi kata-kata aluan dan penerangan mengenai program dan aktiviti bersama Majalah Libur. Mr.Jocko juga telah berkaloborasi bersama Majalah Libur sepanjang 2014..

Majlis berlangsung dengan aktiviti berbentuk permainan, majlis bersuai kenai antara blogger serta majlis selfie serta cabutan bertuah barangan coleman yang ditaja oleh UFL.. hehehe... Janji meriah kan.. 

Majlis Pelancaran Blog O'Rama bersama Majalah LIBUR
Bersama Penganjur Majlis Pelancaran
Tidak sah klu x bergambar, Nie cheq sempat bergambar orang kuat aka penganjur acara Majlis Pelancaran Blog O'Rama... Cer tengok tangan A'sim, sempat lagi dia luku kepala Radin.. hehehe


Majlis Pelancaran Blog O'Rama bersama Majalah LIBUR
Acara Bergambar. Sumber pic: Mr.jocko
Akhir sekali, bergambar bersama semua bloggers dan penganjur.. Harap objektif Blog O'rama dapat direalisasikan dan cheq harap dapat tambah network untuk memberbaiki selok belok dunia blogger.. Semoga dapat lebih ilmu dan kawan - kawan.. :)

Sekiranya ingin menjadi sebahagian daripada Blog O'Rama pilihan Libur, boleh hantar pautan blog anda kepada:
ahmad.syahir@karangkraf.com.

Jika nak tau info lebih lanjut boleh melayari pautan berikut:
Laman Web : LIBUR
Facebook : Majalan Libur FB
Instagram : Majalah Libur IG



2 comments: