About my lifestyle include parenting session. Also include working life and my family activity...

Breaking

Thursday 19 June 2014

WC 2014 : Meraihkan Gol dengan Perasaan Kecewa


Demam Piala Dunia masih belum kebah. Keseluruhan Pasukan telah membuat aksi di pentas Piala Dunia 2014. Pusingan Pertama peringkat Kumpulan telah selesai. Kini Pusingan kedua Peringkat Kumpulan sedang berlangsung ..

Gol-Gol Sendiri yang telah Dirakam sihingga Kini

Cetakan-cetakan gol sendiri yang telah dirakam sehingga kini. Tetapi pencetak gol ini tidak tersenarai sebagai pemenang Kasut Emas (Golden Boot) WC 2014.. Masih belum ada anugerah Penjaring gol sendiri terbanyak.. FIFA boleh mencadangkan untuk memberi anugerah ini pada edisi 2018 kelak.. hehehe...

Penjaring Gol Sendiri : MARCELO (BRAZIL)
BRAZIL VS CROATIA
13 Jun 2014
Marcelo Own Goal
Marcelo Pemain pertahanan yang bermain bersama Real Madrid FC menjaringkan gol sendiri pada minit ke-11 selepas menampan bola dari hantaran Ivica Olic. Walaubagaimanapun, Pasukan Brazil berjaya mengatasi pasukan Crotia 3-1.

Penjaring Gol Sendiri : Noel Valladares (HONDURUS)
FRANCE VS HONDURUS
16 Jun 2014
Noel Own Goal

Noel penjaga gawang yang bermain bersama CD Olimpia menjaringkan gol sendiri pada minit ke-48 setelah gagal menangkap kemas lantunan bola dari tiang gol sebelah kiri hasil tampanan Karim Benzema . Pasukan Hondurus dikalahkan oleh pasukan Perancis 3-0..
Penjaring Gol Sendiri : Sead Kolasinac (BOSNIA)
ARGENTINA VS BOSNIA
16 Jun 2014
Sead Own Goal
Sead Kolasinac Pemain pertahanan yang bermain bersama FC Schalke menjaringkan gol sendiri seawal minit ke-3. Sepakan percuma Lionel Messi  dapat ditanduk oleh Marcus Rojo dan terkena kaki saed yang terus mencecah jaring.
Pasukan Bosnia dikalahkan oleh pasukan Argentina 2-1.


No comments:

Post a Comment